Siapakah kapten kelima Arsenal?

Mesut Ozil diberikan tanggungjawab sebagai kapten pasukan pada perlawanan terakhir Arsenal di Singapura ketika menentang Paris Saint-Germain (PSG).


Sebelum ini, Unai Emery mendedahkan bahawa beliau mahukan Arsenal memiliki lima orang kapten  pasukan bagi menghadapi saingan musim depan (baca disini).

Dan terkini, Mesut Ozil telah dilantik menjadi kapten Arsenal yang keempat setakat ini setelah peranan ataupun tanggungjawab itu diberikan kepada Koscielny, Petr Cech dan Ramsey pada edisi terdahulu (walaupun Koscielny belum lagi membuat penampilan dibawah kendalian Emery).
Malahan undian dan pilihan pembaca MyGooners sendiri memilih calon kapten yang menyamai pilihan Unai Emery setakat ini.

Empat calon pilihan pembaca setakat ini menjadi calon pilihan Unai Emeri adalah seperti berikut dan anda boleh membaca tampalan asal di (baca disini);

Calon Jumlah Undian
Aaron Ramsey 22
Mesut Özil 19
Laurent Koscielny 14
Granit Xhaka 8
Sokratis Papastathopoulos 7
Shkodran Mustafi 5
Stephan Lichtsteiner 3
Alex Iwobi 2
Pierre-Emerick Aubameyang 2
Petr Čech 2
Henrikh Mkhitaryan 2
David Ospina 1
Danny Welbeck 1

Pada perlawanan menentang PSG yang berkesudahan memihak kepada Arsenal apabila mencatatkan kemenangan 5-1, Ozil nyata gembira dengan peranan baru yang diberikan kepada beliau itu lebih-lebih lagi selepas kemelut hangat beliau bersama Persatuan Bola Sepak Jerman yang menjadi perbualan hangat ketika ini.

Dan beliau bagaikan bersedia memikul tanggungjawab tersebut walaupun terdapat kesangsian mengenai kemampuan beliau untuk mengalas peranan tersebut.


Unai Emery dalam pendedahan yang dibuat melalui laman sesawang rasmi Arsenal, mendedahkan bahawa beliau yakin kemampuan Ozil untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Kami bekerja bersama-sama dan memberikan tanggungjawab kepada para pemain. Saya fikir dia boleh mengambil tanggungjawab itu, tetapi jangan lupa Koscielny yang sedang pulih dengan kami. Kemudian kita ada Petr Cech, yang mengetuai kami dalam perlawanan persahabatan. Aaron Ramsey juga mengetuai kami dalam persahabatan dan saya fikirkan mungkin terdapat satu atau dua lagi pemain boleh mengambil tanggungjawab tersebut untuk mengetuai setiap pemain dalam pasukan." -- Unai Emery via Arsenal.

Dengan perlantikan Ozil yang menjadi kapten keempat Arsenal, kini tinggal hanya satu kekosongan sahaja lagi yang bakal dilantik Emery dan siapakah yang layak memikul tanggungjawab tersebut?


Siapakah Kapten Ke-5 Arsenal pilihan anda?

Aubameyang
Sokratis
Xhaka
Other
Please Specify:
Created with SurveyMaker

Post a Comment

Previous Post Next Post