Arsene Wenger bakal kembali menjadi pengurus dan dikatakan bakal kembali ke Jepun

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger dalam perbincangan untuk menjadi pengurus baharu skuad kebangsaan Jepun.


Arsene Wenger sedia kembali ke arena pengurusan setelah hampir dua bulan meninggalkan Arsenal apabila mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Jepun untuk menjadi bos baharu mereka menurut laporan.

Arsene Wenger ketika mengendalikan Nagota Grampus Eight(1995-1996)
Bekas pengurus Arsenal, berusia 68 tahun itu berpisah dengan Arsenal pada akhir musim lalu dan digantikan oleh Unai Emery dari Sepanyol, namun beliau tidak pernah merahsiakan keinginannya untuk meneruskan karier beliau selaku pengurus pasukan.

Pada kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia, beliau telah berada di negara tersebut sepanjang berlangsungnya kejohanan itu apabila dijemput sebagai pakar (pundit) dalam program TV Perancis dan menghadiri kejohanan tersebut sebagai tetamu VIP FIFA.

Bagaimanapun, perjalanan Wenger ke Rusia itu bukanlah untuk menonton bolasepak dan menjadi pundit semata-mata, laporan Yahoo Jepun mendakwa bahawa Wenger telah dihubungi oleh FA Jepun semasa beliau berada di Rusia.

Menurut laporan tersebut, Wenger telah bertemu dengan pihak pengurusan skuad Jepun di Moscow dan membincangkan mengenai prospek mengendalikan skuad Samurai Blue, walaupun mereka tidak membincangkannya secara terperinci lagi mengenai tawaran tersebut.

Jepun juga turut dilaporkan mempertimbangkan untuk melantik bekas pengendali skuad kebangsaan Jerman, Jurgen Klinsmann, namun difahamkan Wenger adalah pilihan utama mereka.

Wenger sebelum ini pernah mengendalikan salah sebuah kelab Jepun iaitu Nagota Grampus Eight pada tahun 1995 sebelum menyertai Arsenal.

Dan kelebihan Wenger yang tahu berbahasa Jepun selain memahami budaya negara tersebut memberikan kelebihan buat beliau untuk menjadi calon paling sesuai mengendalikan skuad kebangsaan negara matahari terbit itu.

Pada kempen Piala Dunia kali ini, skuad Jepun menamatkan saingan diperingkat ataupun pusingan kedua (16 pasukan terbaik) dimana mereka tewas kepada Belgium 3-2, walaupun mendahului 2-0 pada perlawanan tersebut.

Pos. Negara P M S K J B +/- Mata
1 Colombia 3 2 0 1 5 2 +3 6
2 Japan 3 1 1 1 4 4 0 4
3 Senegal 3 1 1 1 4 4 0 4
4 Poland 3 1 0 2 2 5 −3 3

Pengendali Jepun, Akira Nishino turut memiliki sejarah yang hampir sama dengan Wenger sebelum dilantik menjadi pengendali skuad kebangsaan negara tersebut dimana beliau turut pernah mengendalikan Nagota Grampus Eight.


Akira Nishino, 63 tahun menjadi pengurus skuad Jepun pada April 2018. Kredit foto : The Star Online
Walaupun Akira Nishino dikatakan masih mendapat kepercayaan dan sokongan daripada penyokong Jepun, namun pihak FA Jepun tidak menolak sebarang kemungkinan untuk membawa Wenger menyertai mereka bagi menggantikan pengendali berusia 63 tahun itu.

Vahid Halilhodzic menjadi pengurus pasukan Jepun pada 2015 - 2018. Kredit foto : Goal
Untuk rekod, Nishino mula mengendalikan skuad kebangsaan Jepun pada April 2018 selepas Vahid Halilhodzic dipecat.

Post a Comment

Previous Post Next Post