Perkembangan Perpindahan Arsenal termasuklah berita Dembele dan Barcelona

Arsenal telah mengadakan rundingan dengan Barcelona berhubung Andre Gomes  mengikut laporan.



Pemain antarabangsa Portugal itu bertekad untuk meninggalkan Camp Nou selepas dua tahun bergelut di Catalonia.

Emery dilaporkan masih berhajat untuk menambahkan kekuatan pasukan. Kredit foto : Metro
Sebelum ini, Arsenal begitu kuat diperkatakan untuk mendapatkan Gomes (baca disini) dan dua hari lalu laporan dari Sepanyol termasuklah Sport mendedahkan bahawa pemain tersebut sedia berpindah ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Arsenal dilaporkan telah berunding dengan Barcelona mengenai Gomes. Kredit foto : Sportslens
Dan semalam, Paris United mendakwa Arsenal sedang berbincang bersama Barcelona mengenai rundingan untuk membawa Gomes ke Emirates musim depan (2018/19) berdasarkan laporan Express.

“Arsenal has contacted André Gomes. FC Barcelona will not hold it,”
-- Express.

Namun pencarian mengenai status twitter Paris United yang mengatakan perkara sedemikian tidak ditemui melainkan status berikut:

Paris United turut mendakwa bahawa Barcelona juga berminat untuk mendapatkan pemain PSG, Adrien Rabiot dan  İlkay Gündoğan daripada Manchester City.
Barcelona dilaporkan sedia melepaskan Gomes pada jendela perpindahan musim panas ini dan nilai anggaran untuk mendapatkan pemain tersebut dipercayai berada sekitar £17 - 20 juta.

NILAI PERPINDAHAN PAVON
£37.5 juta. Jumlah yang perlu dibayar bagi mendapatkan Pavon dari Boca Juniors. Kredit foto : Daily Star
Menurut Daily Mirror, mereka mendakwa Boca Juniors telah berunding mengenai pembaharuan kontrak pemain tersebut dan dikatakan klausa pelepasan pemain tersebut kini meningkat menjadi  £37.5 juta.

Dan tiga hari lalu, Cristian Pavon telah pun menandatangani kontrak baru bersama Boca Juniors dan jika Arsenal ataupun mana-mana kelab berminat untuk mendapatkan pemain tersebut, sediakan sahaja  ​​£37.5 juta untuk menebus kontrak pemain berusia 22 tahun itu.
Selain Arsenal, Barcelona turut dilaporkan berminat untuk menandatangani Pavon.


DEMBELE BERIKAN PENTUNJUK
Adakah Dembele berminat menyertai Arsenal? Kredit gambar: FourFourTwo
Arsenal pernah dikaitkan dengan perpindahan untuk mendapatkan Ousmane Dembele dari Barcelona selepas kemasukan Mislintat ke Arsenal pada musim lalu.

Selepas bergelut dengan prestasi beliau bersama Barcelona, Dembele berjaya membuktikan kehebatan beliau apabila berjaya menjadi salah seorang anggota skuad kebangsaan Perancis yang menjuarai Piala Dunia 2018 Rusia.

Menurut laporan Football London, pemain Barcelona itu telah memberikan mesej tersirat apabila membuat komen pada posting laman sosial Instagram Sokratis.

Ousmane Dembele to Arsenal? France World Cup winner teases fans with cryptic social media hint.
-- Football London

Komen Dembele yang dikatakan mesej tersirat 😲
Hanya kerana komen 'Big Papa' ianya dikatakan mesej tersirat? Dan dikaitkan dengan perpindahan?

Sebelum ini juga Dembele pernah membuat komen pada posting Aubameyang dan ianya turut mencetuskan khabar angin mengaitkan beliau ke Arsenal.

Umumnya kita mengetahui hubungan rapat diantara mereka bertiga memandangkan ketiga-tiga mereka pernah beraksi bersama-sama ketika di Borusia Dortmund dahulu.

Pun begitu, adakah ini bermaksud Arsenal sedia mendapatkan Dembele baik secara pinjaman mahupun pembelian?

Post a Comment

Previous Post Next Post