Barisan permain pertahanan tengah Arsenal musim 2017/18.

Arsenal musim 2017/18 menggunakan dua formasi berbeza dengan tiga pemain pertahanan dan juga empat pemain pertahanan dalam saingan liga dan juga saingan lain.



Lapan pemain pernah digunakan ataupun diletakkan Arsene Wenger pada barisan pertahanan (pertahanan tengah), baik dalam formasi tiga pemain pertahanan mahupun empat pemain pertahanan.

Dan berikut adalah lapan pemain tersebut yang membuat penampilan ataupun beraksi pada pertahanan tengah musim lalu bagi saingan Liga Perdana Inggeris sahaja.

1. Per Mertesacker 
Posisi dimainkan pada musim 2017/18 : Pertahanan Tengah.

Walaupun musim lalu merupakan musim terakhir beliau selaku pemain dan kapten Arsenal, namun beliau telah membuat 12 penampilan secara keseluruhan bersama kelab.

Dan untuk saingan liga, beliau telah membuat enam penampilan dengan keenam-enam posisi tersebut merupakan pertahanan tengah (tiada posisi lain yang mampu dimainkan oleh Per).

Beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam saingan liga untuk Arsenal musim 2017/18.

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Premier League 6 1 - - - 365'
Europa League 3 - 1 - - 270'
Community Shield 1 - - - - 32'
FA Cup 1 1 - 1 - 90'
EFL Cup 1 - - - - 90'
JUMLAH 12 2 1 1 - 847'

2. Laurent Koscielny
Posisi dimainkan pada musim 2017/18 : Pertahanan Tengah.

Timbalan kapten Arsenal ini beraksi untuk saingan liga sebanyak 25 kali dan sememangnya posisi beliau adalah sama seperti Per iaitu hanya pertahanan tengah.

Beliau terlepas lima perlawanan liga ekoran kecederaan dan dua perlawanan pembukaan liga ekoran penggantungan (kad merah) musim sebelum itu (2016/17).

Selain direhatkan untuk lima perlawanan liga (tidak disenaraikan dalam skuad).

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Premier League 25 2 - 4 - 2.227'
Europa League 6 - - - - 383
EFL Cup 2 - - - 180'
JUMLAH 33 2 - 4 - 2,790'


3. Shkodran Mustafi
Posisi dimainkan pada musim 2017/18 : Pertahanan Tengah.

Walaupun beraksi pada posisi pertahanan tengah, namun beliau juga mampu beraksi pada pertahanan kanan.

Namun dalam saingan liga musim lalu, beliau telah beraksi 27 perlawanan liga pada posisi pertahanan tengah.

Tujuh kali terlepas perlawanan ekoran kecederaan (Thigh Muscle Strain - tiga perlawanan dan hamstring - empat perlawanan) selain berada dibangku simpanan tiga kali (tanpa beraksi).

Beliau hanya direhatkan satu perlawanan sahaja (tidak berada didalam senarai skuad) sepanjang saingan liga musim lalu.

Baki perlawanan liga selain direhatkan dan mengalami kecederaan, beliau berada dibangku simpan untuk tiga perlawanan (tanpa digunakan).

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Premier League 27 3 1 6 - 2,273'
Europa League 8 - 1 1 - 720'
EFL Cup 3 - - - 180'
JUMLAH 38 3 2 7 - 3,263'


4. Nacho Monreal
Posisi dimainkan pada musim 2017/18 : Pertahanan Kiri dan Pertahanan Tengah.

Walaupun beraksi pada pertahanan kiri, namun pada musim 2017/18, Wenger telah meletakkan beliau pada pertahanan tengah ketika menggunakan formasi tiga pemain pertahanan.

Sepanjang musim lalu, beliau telah membuat 19 penampilan pada posisi pertahanan tengah dan berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan liga pada posisi tersebut.

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Premier League 28 5 2 3 - 2,242'
Europa League 7 1 - 2 - 613
EFL Cup 2 - - 1 116'
Community Shield 1 - - - 90'
JUMLAH 38 3 2 7 - 3,061'



5. Calum Chambers
Posisi dimainkan pada musim 2017/18 : Pertahanan Tengah, Pertahanan Kanan dan Tengah Kanan.

Chambers mampu beraksi pada posisi pertahanan tengah, pertahanan kanan, pemain tengah kanan dan juga pemain tengah bertahan (defensive midfielder) serta pemain tengah (center midfielder).

Namun musim lalu, beliau membuat sembilan penampilan liga pada posisi pertahanan tengah dengan baki tiga lagi perlawanan liga beraksi pada pertahanan kanan.

Beliau diawal musim terlepas tujuh perlawanan liga ekoran kecederaan (hip injury) yang dialaminya pada bulan September 2017.

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Premier League 12 - - 1 - 869'
Europa League 8 - - - - 600'
EFL Cup 4 - - 1 290'
Premier League 2 1 - - - 73'
JUMLAH 25 - - 2 - 1,832'

6. Rob Holding
Posisi dimainkan pada musim 2017/18 : Pertahanan Tengah

Pemain yang satu ketika mencipta kejutan dengan prestasi cemerlang bersama Arsenal, berjaya membuat 12 penampilan liga pada posisi pertahanan tengah musim lalu.

Kebolehan beliau untuk beraksi pada posisi pertahanan tengah disamping pertahanan kanan dan juga kiri memberikan kelebihan buat Arsenal pada barisan pertahanan.

Selain itu, beliau juga mampu beraksi pada posisi pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Premier League 12 - - 3 - 820'
Europa League 8 1 - 1 - 595'
EFL Cup 4 - - - - 390'
Premier League 2 2 - - - - 180'
Community Shield 1 - - - - 90'
FA Cup 1 - - - - 90'
JUMLAH 28 1 - 4 - 2,165'


7. Sead Kolašinac
Posisi dimain pada musim 2017/18 : Pertahanan Tengah, Pertahanan Kiri dan Tengah Kiri.

Kolasinac hanya membuat dua penampilan pada posisi pertahanan tengah bagi perlawanan liga musim lalu dan berjaya menghasilkan satu bantuan gol.

Beliau lebih banyak digunakan pada posisi pertahanan kiri dan tengah kiri.

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
Premier League 27 2 4 3 - 2,151'
Europa League 5 2 - 1 - 224'
EFL Cup 3 - - - - 160'
Community Shield 1 1 - - - 58'
JUMLAH 36 5 4 4 - 2.593'

Dan terakhir sekali, adalah pemain muda yang dibeli pada jendela perpindahan Januari, Konstantinos Mavropanos.

8. Konstantinos Mavropanos

Beliau membuat tiga penampilan liga pada musim lalu dan kemunculan beliau hanya pada perlawanan hujung liga.

Dan beliau menerima kad merah pada perlawanan ketiga (penampilan) beliau bersama skuad utama Arsenal hanya 15 minit beraksi ketika perlawanan menentang Leceister City.

Dua perlawanan sebelum itu beliau berjaya membuat 90 minit penampilan penuh.

Siapakah pemain pilihan anda?

Per Mertesacker
Laurent Koscielny
Nacho Monreal
Shkodran Mustafi
Calum Chambers
Konstantinos Mavropanos
Sead Kolašinac
Rob Holding
Created with QuizMaker

Post a Comment

Previous Post Next Post