Borussia Dortmund akan mengesahkan perjanjian perpindahan Papastathopoulos pada hari Isnin.

Borussia Dortmund akan mengumumkan Sokratis Papastathopoulos berpindah ke Arsenal pada hari Isnin.



Menurut laporan Express, perpindahan Papastathopoulos ke Arsenal bakal diumumkan pada hari Isnin nanti (esok) waktu Eropah.

Papastathopoulos dikatakan telah meninggalkan Greece malam tadi untuk menaiki penerbangan ke London dan bakal melengkapkan perpindahannya ke Arsenal.

Papastathopoulos mengucapkan selamat tinggal kepada kampung halaman beliau, Kalamata, Greece.
Turut dilaporkan bahawa pertahanan Greece itu ditemani oleh isteri beliau dan bakal diumumkan sebagai pemain ketiga yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau merupakan pertahanan kedua yang menyertai Arsenal selepas Stephan Lichtsteiner dibawa masuk secara percuma.
Abdou Diallo, 22 tahun sah menjadi pemain Borusia Dortmund. Kredit foto : Bundesliga.
Menurut media Jerman, Ruhr Nachrichten, Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc bakal mengumumkan perpindahan Papastathopoulos sebaik sahaja Dortmund memulakan tahun fiskal yang baru bermula 1 Julai.

Dortmund juga telah menandatangani pengganti Papastathopoulos dengan menandatangani pertahanan Perancis, Abdou Diallo.

Bekas pemain Arsenal, Emmanuel Petit begitu teruja untuk melihat bagaimana pengendali baharu Arsenal, Unai Emery  mampu membentuk dan mengendalikan Arsenal musim depan.

"Saya rasa dia seorang jurulatih yang berbakat," katanya kepada Arsenal.com.

"Dia mempunyai visi tertentu di padang, seperti yang dilakukannya bersama Sevilla dan saya sangat berharap dia dapat melakukannya dengan Arsenal. Saya harap para pemain mampu mengikuti setiap arahannya."

"Serangan, tidak ada masalah. Saya fikir Arsenal secara kasarnya telah dikenali sebagai pasukan menyerang, cara anda bergerak, cara hantaran, kemahiran anda. Arsenal akan sentiasa dapat menjaringkan gol terhadap mana-mana lawan tetapi persoalannya, ialah sama ada anda mampu mengelakkan daripada dibocori (bolos)."

"Apabila anda melihat kedudukan pasukan (carta kedudukan) pada musim lalu, anda dapat melihat perbezaan besar antara pasukan teratas dalam Liga Perdana. Menjaringkan gol? Ya, tetapi lebih penting lagi adalah jumlah bolos yang direkodkan."

"Jurulatih, Unai Emery perlu melakukan banyak kerja pada bahagian pertahanan dan cara bertahan dan itu bukan hanya pada pemain pertahanan malahan perubahan mental keseluruhan pasukan ketika mereka kehilangan bola."

"Bagi saya, masalah utama Arsenal bukanlah apabila mereka mempunyai bola, tapi ketika mereka tidak memilikinya (kehilangan). "

Post a Comment

Previous Post Next Post