Pendedahan Jack Wilshere mengenai hala tuju dan masa depan

Jack Wilshere menjadi ejen bebas bermula 1 Julai 2018. Kredit Foto: 101 Great Goals

Setelah berakhirnya kontrak beliau bersama Arsenal pada 30 Jun 2018, pemain tengah yang dilahirkan dari akademi Arsenal, Jack Wilshere dedah perancangan masa depan beliau.



Jack Wilshere, 26 tahun menyertai Arsenal pada tahun 2001 ketika berusia sembilan tahun dan berjaya membuat penampilan pertama bersama skuad utama pada tahun 2008 ketika berusia 16 tahun.

Setelah gagal dalam penyelesaian pembaharuan kontrak bersama Arsenal, beliau kini menjadi pemain bebas bermula 1 Julai 2018.

Beliau ketika ini kuat dikaitkan bakal menyertai kelab Turki, Fenerbahce selain kelab Inggeris seperti West Ham dan Everton.

Dan sebelum ini juga, pada musim lalu beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke Itali apabila Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. 

Pun begitu, Mirror dalam laporan terkini mendedahkan dimana  Wilshere tidak menolak kemungkinan menyertai liga luar daripada England selepas meninggalkan Arsenal.

Menurut laporan tersebut, Sampdoria, AC Milan dan Juventus dikatakan mahu mendapatkan khidmat Wilshere namun bekas pemain Arsenal itu menegaskan bahawa beliau tidak mahu terburu-buru dalam membuat pilihan dan keputusan.

"Secara kasarnya, mana-mana tawaran terbaik yang muncul dan peluang terbaik kita akan ambil. "

"Saya tidak akan tergesa-gesa, Sabtu (30 Jun) sebenarnya merupakan hari terakhir saya (kontrak) bersama Arsenal, jadi hari ini, ianya agak pelik."

"Saya telah bermain 10 tahun sebagai pemain profesional di sana dan mempunyai kenangan 17 tahun bersama kelab."

"Kami menimbang banyak perkara dan saya memastikan diri saya sentiasa cergas. Jadi jika ada sesuatu (tawaran) yang muncul, saya bersedia untuk pergi. "

Manakala wartawan Turki, Salim Manav mendedahkan dimana Jack Wilshere akan menandatangani kontrak tiga tahun bersama Fenerbahçe.


Post a Comment

Previous Post Next Post