Dari Sepanyol: Arsenal dilaporkan buat tawaran berjumlah €30 juta bagi pemain sayap Boca Juniors

Menurut laporan media Sepanyol, Arsenal dikatakan telah membuat tawaran untuk mendapatkan pemain sayap Boca Juniors, Cristian Pavon.

Pemain muda itu kini berada di Rusia bersama pasukan kebangsaan Argentina dan kemungkinan bakal menjadi rebutan kelab-kelab ternama selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia nanti.

Rekod dan Statistik Pavon di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia.
Dengan tersingkirnya Argentina daripada kejohanan kali ini selepas tewas 4-3 kepada Perancis pada saingan peringkat 16, sudah tentu berita mengenai perpindahan pemain ini kembali menghangatkan suasana jendela perpindahan musim panas ini.


Dan semalam Media Sepanyol, AS telah melaporkan dimana Arsenal berminat untuk mendapatkan Pavon dengan dakwaan bahawa The Gunners telah menawarkan €30 juta untuk pemain sayap tersebut pada jendela perpindahan musim sejuk lalu (jendela perpindahan Januari).

Januari lalu juga, kami melaporkan mengenai rumors mengenai pemain-pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal dan pada ketika itu, Pavon dikatakan sebagai calon pengganti kepada Alexis Sanchez.

Dan sudah tentu rumors mengenai Pavon itu berlaku pada era Arsene Wenger masih lagi menjadi pengurus Arsenal.

Dengan kini, Unai Emery menjadi pengendali baharu Arsenal, media Sepanyol itu membangkitkan kembali mengenai minat dan tawaran yang pernah dilakukan oleh Arsenal.


Senarai pemain yang dikaitkan dengan Arsenal pada jendela perpindahan Januari 2018 : (baca disini).

Media Sepanyol itu membangkitkan persoalan mengenai (dakwaan) tawaran yang pernah dilakukan Arsenal itu dan adakah ianya bakal diteruskan Arsenal?

Kerana pada ketika itu, pihak Arsenal diketuai oleh Sanllehi dan Mislintat dikatakan berusaha untuk mendapatkan pemain tersebut.

Dan AS teruja untuk melihat apakah yang bakal berlaku dengan tawaran tersebut (perkembangan - follow up yang bakal dilakukan oleh Sanllehi dan Mislintat).

Bagaimanapun, AS menjangkakan sebarang usaha untuk mendapatkan Pavon hanya bakal bermula selepas Argentina menamatkan saingan di Kejohanan Piala Dunia.

Namun begitu, laporan itu juga mengatakan bahawa Boca Juniors tidak berada di bawah tekanan untuk menjual Pavon ketika ini memandangkan keadaan kewangan mereka yang kukuh.

Pavon telah membuat lebih daripada 60 penampilan liga untuk Boca Juniors sejak membuat penampilan sulungnya pada 2014.

Pemain itu mempunyai kontrak sehingga Jun 2022, selepas memperbaharui kontrak pada musim panas lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post