Bournemouth punca Monreal jadi sasaran kelab Sepanyol.

Diego Rico Salguero merupakan pemain bolasepak profesional Sepanyol yang bermain untuk kelab La Liga, CD Leganes di posisi pertahanan kiri.


Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran Real Sociedad dan AFC Bournemouth pada jendela perpindahan musim panas ini.

Real Sociedad pada Mei lalu telah melantik  Asier Garitano sebagai pengurus baru mereka dan Garitano sebelum ini merupakan pengurus pasukan Leganes.

Dan sudah tentu pengendali baharu Sociedad itu menyedari kemampuan yang dimiliki oleh Diego Rico, lebih-lebih lagi Garitano telah melatih pemain tersebut selama dua musim.

Jadi tidak menghairankan mengapa beliau dan Sociedad begitu menginginkan Diego Rico pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun usaha mereka untuk membawa pemain pertahanan kiri itu menyertai mereka musim depan terhalang oleh tindakan kelab Inggeris iaitu Bournemouth.

Mengikut laporan media Catalan, Sport mendakwa bahawa Rico telah menerima tawaran yang jauh lebih baik daripada apa yang Real Sociedad mampur tawarkan kepada pemain tersebut.


Dan kelab Inggeris, Bournemouth dikatakan telah berjaya 'menawan' pemain tersebut dan ini memaksa Real Sociedad untuk mencari pemain alternatif pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kini, Garitano dilaporkan telah menumpukan perhatian terhadap pertahanan Arsenal iaitu Nacho Monreal.

Kontrak Monreal (32 tahun) bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2019 (baca: senarai kontrak pemain Arsenal bakal berakhir pada Jun 2019).

Dan tindakan Bournemouth yang hampir pasti mendapatkan Rico menyebabkan Real Sociedad kini mensasarkan Monreal sebagai pemain pilihan mereka untuk pertahanan kiri.

Mereka melihat situasi Monreal yang masih belum ditawarkan pembaharuan kontrak oleh Arsenal bakal memudahkan mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Dengan kontrak Monreal yang berada ditahun terakhir bersama Arsenal, mereka berharap Arsenal sedia melepaskan (menjual) pertahanan kiri itu melainkan Arsenal mahu mengekalkan Monreal dan sedia kehilangan pemain tersebut secara percuma musim berikutnya (jika tiada tawaran pembaharuan kontrak dilakukan).

Post a Comment

Previous Post Next Post