Kontrak pemain Arsenal yang akan berakhir 2019 dan Jendela perpindahan musim panas.


Jendela perpindahan musim panas untuk kelab Liga Perdana Inggeris dibuka pada 00:01, 17 Mei 2018.



Sebelum itu (tarikh tersebut), kelab dibenarkan berunding bagi perpindahan pemain (mendapatkan pemain) namun bagi perpindahan domestik, dokumen tersebut tidak dapat diproses sehingga ianya melepasi tengah malam pada 17 Mei, saat jendela perpindahan dibuka.

Bagi perpindahanan Antarabangasa (perpindahan pemain dari persatuan kebangsaan lain) ianya boleh dijalankan sebaik sahaja Sistem Pemadanan Pemindahan FIFA (TMS) dibuka pada tengah malam 8 Jun, 2018.

Ini bermakna bahawa sebarang perpindahan antarabangsa tidak dapat diproses sehingga jendela perpindahan TMS FIFA dibuka.

Seperti yang telah dipersetujui oleh kesemua kelab (domestik liga Inggeris) pada September 2017, jendela perpindahan musim panas akan ditutup pada 17:00 British Summer Time (BST) pada hari Khamis 9 Ogos 2018.

Perjanjian baru ini, hanya terpakai untuk perpindahan pemain bagi kelab Liga Perdana Inggeris sahaja (domestik) dan ianya tidak  melibatkan perpindahan pemain dari liga lain.

Secara ringkas:
  • 17 Mei - Jendela perpindahan domestik dibuka untuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).
  • 8 Jun -  Jendela perpindahan antarabangsa dibuka.
  • 1 Julai - Pemain yang menandatangani pra kontrak secara rasminya memulakan kontrak baru.
  • 9 Ogos - Jendela perpindahan domestik untuk Liga Perdana Inggeris dan EFL ditutup.
  • 31 Ogos - Kelab Liga Inggeris (EPL) masih boleh menjual pemain sehingga tarikh ini namun tidak dibenarkan untuk membawa masuk mana-mana pemain selepas 9 Ogos.



Mengikut sumber, pemain pertahanan kanan yang baru dibawa masuk Arsenal, Stephan Lichtsteiner hanya menandatangani kontrak untuk tempoh setahun sahaja dan ianya bakal berakhir pada 30 Jun 2019.

Dan beliau boleh dikecualikan daripada topik perbincangan ini.

Setelah memahami tarikh buka dan tutup jendela perpindahan musim panas ini, Arsenal mempunyai lima pemain yang bakal memasuki tahun terakhir kontrak mereka bersama kelab (tanpa mengambil kira (Lichtsteiner).

Namun diantara lima pemain tersebut, Cech juga boleh dikecualikan daripada perbincangan ini memandangkan beliau berusia 36 tahun dan sukar untuk membuat penilaian bagi menjelaskan mengapa Arsenal akan melepaskan pemain tersebut.

Dan ini hanya memberikan kita empat pemain untuk dibincangkan mengenai masa depan mereka bersama Arsenal.

Ramsey, Welbeck, Monreal dan Akpom merupakan antara pemain tonggak yang boleh dianggap penting buat Arsenal.

Dan dikalangan mereka ini, hanya Ramsey sahaja yang dikatakan telah diberikan tawaran pembaharuan kontrak dan rundingan tersebut masih dijalankan walaupun masih menjadi tanda tanya.

Disebalik kita terlalu memikirkan mengenai Ramsey, Monreal juga bakal memasuki tahun akhir kontrak beliau bersama Arsenal dan hingga ke saat ini (maaf jika penulis terlepas berita), cerita ataupun berita mengenai tawaran pembaharuan kontrak masih belum dikemukakan terhadap beliau.

Adakah ini bermakna Arsenal sedia melepaskan beliau? Atau beliau masih dibawah penilaian Unai Emery yang baru sahaja mengendalikan latihan pra musim bersama Arsenal.

Bagaimana pula dengan Welbeck dan Akpom?

Welbeck ketika ini masih bersama skuad kebangsaan England dan sudah tentu beliau masih belum bertemu dengan Emery serta sudah tentu juga Emery masih belum mampu (berkesempatan) untuk menilai prestasi beliau.

Namun ianya berbeza dengan penyerang muda Arsenal, Chuba Akpom yang berusia 22 tahun dimana beliau telah menyertai latihan pra musim dibawah kendalian Unai Emery.

Akpom dilahirkan daripada akademi Arsenal dimana pemain ini mula menyertai Arsenal pada tahun 2002 ketika berusia enam tahun (lebih kurang 16 tahun telah bersama Arsenal).

Selepas menandatangani kontrak profesional pertama beliau pada tahun 2012 (setelah genap berusia 17 tahun), beliau hanya mampu membuat empat kali penampilan (sehingga kini) bersama skuad utama Arsenal dalam saingan liga.

Bermula pada tahun 2013, beliau telah menyertai enam buah kelab secara pinjaman dengan musim lalu menyaksikan beliau dipinjamkan ke kelab Division Pertama Liga Belgium, Sint-Truiden pada 31 Januari 2018 (sehingga akhir musim).

Adakah pemain muda ini mempunyai masa depan bersama Arsenal? Mampukah beliau memikat Emery?

Seandainya sehingga 9 Ogos berlalu, maka kita  sudah pasti pemain-pemain ini tidak akan menyertai mana-mana kelab Liga Inggeris yang lain, namun ianya tidak bermakna mereka tidak boleh menyertai kelab-kelab luar sebelum tarikh 31 Ogos.


Senarai pemain yang bakal mengakhiri kontrak bersama Arsenal pada Jun 2019
Bil. Pemain Posisi Umur Tempoh Tamat
1. Aaron Ramsey Tengah 27 30.06.2019
2. Danny Welbeck Penyerang 27 30.06.2019
3. Nacho Monreal Pertahanan Kiri 32 30.06.2019
4. Petr Cech Penjaga Gol 36 30.06.2019
5. Stephan Lichtsteiner Pertahanan Kanan 34 30.06.2019
6. Chuba Akpom Penyerang 22 30.06.2019


Post a Comment

Previous Post Next Post