Separuh Akhir : Perancis vs Belgium

Pagi esok jam 2 pagi waktu Malaysia, Perancis bakal berdepan Belgium bagi saingan peringkat Separuh Akhir Piala Dunia 2018 Rusia.



Perancis merupakan skuad termahal pada kejohanan kali ini dengan nilai keseluruhan skuad mereka mencecah €1.41 bilion, berdepan skuad yang menduduki tangga ke-7 termahal dengan nilai keseluruhan skuad Belgium bernilai €835 juta.


Manakala jika mengikut FIFA / Coca-Cola World Ranking, Belgium menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 1298 mata berbanding Perancis ditangga ketujuh dengan mengumpul 1198 mata.

Kedudukan Ranking FIFA ( setakat 7 Jun 2018)
Rank Negara Jumlah Mata Mata Terdahulu
1 Jerman 1558(1558.49) 1544
2 Brazil 1431(1430.57) 1384
3 Belgium 1298(1298.32) 1346
4 Portugal 1274(1273.69) 1306
5 Argentina 1241(1241.45) 1254
6 Switzerland 1199(1198.72) 1179
7 Perancis 1198(1198.13) 1166
8 Poland 1183(1182.61) 1128
9 Chile 1135(1134.66) 1146
10 Sepanyol 1126(1125.5) 1162



PERANCIS VS BELGIUM

Kredit foto: FIFA
Perancis : Versatiliti

Keupayaan Perancis untuk menyesuaikan gaya dan corak permainan bergantung kepada siapa lawan mereka merupakan antara kunci kejayaan mereka setakat ini.

Mereka mampu mengubah formasi asas yang menjadi kebiasaan mereka 4-2-3-1 menjadi 4-3-3 ketika berdepan dengan lawan dan perubahan pergerakan tiga pemain tengah menyerang mereka Griezmann, Mbappe dan Matuidi banyak mengelirukan barisan pertahanan lawan.

Disamping Deschamps yang mempunyai pilihan untuk menggunakan kelebihan fizikal Olivier Giroud ataupun kepantasan Kylian Mbappe pada jentera serangan mereka (penyerang).

Barisan skuad termahal Perancis.£666 juta.
Setakat ini hanya Djibril Sidibe yang mengalami kecederaan buat pasukan Perancis manakala Blaise Matuidi mampu beraksi pada perlawanan menentang Belgium ini setelah menamatkan penggantungan dan dijangka bakal kembali beraksi menggantikan Corentin Tolisso dalam kesebelasan utama.

Dijangkakan Perancis bakal menurunkan skuad kesebelasan utama sebagaimana menentang Argentina.

Kesebelasan jangkaan bagi pasukan Perancis menentang Belgium.
Perancis turut mempunyai pemain pada bahagian tengah yang kuat yang mampu menghasilkan gol seperti Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe, jika mereka memutuskan untuk menggunakan Olivier Giroud selaku penyerang tunggal.

Dan formasi 4-2-3-1 (asas) bakal menjadi 4-3-3 ketika Perancis mula menyerang dengan Mbappe dikanan Giroud sementara Griezmann disebelah kiri Giroud.

Rekod prestasi Perancis menuju ke Separuh Akhir:
Saingan Lawan Formasi Keputusan
Kumpulan C vs Australia 4-3-3 2:1
Kumpulan C vs Peru 4-2-3-1 1:0
Kumpulan C vs Denmark 4-2-3-1 0:0
Peringkat kedua vs Argentina 4-2-3-1 4:3
Suku Akhir vs Uruguay 4-2-3-1 2:0

Kredit foto: FIFA
Belgium : Semangat berpasukan

Thomas Meunier digantung perlawanan bagi perlawanan menentang Perancis setelah mengutip kad kuning kedua dikejohanan ini ketika menentang Brazil.

Ketiadaan pemain tersebut bakal di isi oleh Nacer Chadli dan Martinez kemungkinan bakal menggunakan empat pemain pertahanan pada perlawanan ini sebagaimana ketika mereka menentang Brazil.

Pun begitu, jika Martinez mahu mengekang dan melumpuhakan serangan pasukan Perancis, beliau mungkin menggunakan tiga pemain pertahanan dengan memusatkan kekuatan pada bahagian tengah Belgium.

Namun penguasaan bukanlah satu jaminan untuk memenangi perlawanan terutamanya pada kejohanan Piala Dunia ini.

Dan Belgium mungkin menggunakan 3-4-2-1 yang menjadi formasi asas Belgium diperingkat kumpulan bagi mengimbangi kekuatan tengah pasukan Perancis. 

Yannick Carrasco dan Nacer Chadli dijangka akan digunakan sebagai wing-backs dalam kesebelasan utama Belgium awal pagi esok.

Skuad termahal Belgium bernilai £532.8 juta
Kekuatan utama Belgium ini adalah dimana mereka memiliki sebuah pasukan yang tidak bergantung kepada kemahiran ataupun kekuatan individu.

Mereka beraksi sebagai sebuah pasukan yang lengkap dan setakat ini, mereka  mempunyai sembilan penjaring berbeza pada kejohanan kali ini dengan Lukaku merupakan penjaring terbanyak, empat gol.

Jangkaan kesebelasan dan formasi Belgium.
Rekod prestasi Belgium menuju ke Separuh Akhir:
Saingan Lawan Formasi Keputusan
Kumpulan G vs Panama 3-4-2-1 3:0
Kumpulan G vs Tunisia 3-4-2-1 5:2
Kumpulan G vs England 3-4-2-1 1:0
Peringkat kedua vs Japan 3-4-2-1 3:2
Suku Akhir vs Brazil 4-3-3 2:1

Perang taktikan Perancis dan Belgium. Kredit 101 Great Gols.

Rekod Head-to-Head
Perancis vs Belgium
24 Menang 30
19 Seri 19
30 Kalah 24


Yang pastinya,pertembungan diantara dua pasukan ini sangat menarik dan sukar untuk meramalkan siapakah yang bakal memenangi perlawanan ini.

Namun penulis memilih Belgium untuk mara ke peringkat Akhir Piala Dunia 2018 Rusia.

Anda bagaimana?

Post a Comment

Previous Post Next Post