Review : Penjaga Gol Arsenal


Arsenal pada ketika ini mempunyai lima penjaga gol setelah berjaya mendapatkan Bernd Leno serta kembalinya Emiliano Martinez dari pinjaman bersama kelab Sepanyol, Getafe CF.

*Pengguna mobile/handphone boleh slide ke kiri untuk melihat jadual penuh.
1Petr Cech
30.06.2019 (kontrak berakhir)
36 tahun
Bernd Leno
30.06.2023 (kontrak berakhir)
26 tahun
54Matt Macey
kontrak baru ditandatangani pada 6 Disember 2017
23 tahun
Emiliano Martinez
30.06.2022 (kontrak berakhir)
25 tahun
13David Ospina
30.06.2019 (kontrak berakhir)
29 tahun



Dengan lima penjaga gol ketika ini, sudah tentu kita bakal menyaksikan salah seorang atau mungkin dua orang daripada mereka bakal dilepaskan (dijual atau dipinjam) pada jendela perpindahan musim panas ini.

Siapakah yang bakal dilepaskan?

Ianya mudah untuk dijawab seandainya Arsenal hanya berhasrat melepaskan salah seorang daripada mereka. 

Boleh dikatakan Ospina ketika ini merupakan calon paling kuat untuk dilepaskan setelah rumors perpindahan beliau begitu kuat diperkatakan dengan dikaitkan bakal menyertai Galatasaray musim depan.


Namun ianya bakal menjadi persoalan seterusnya mengenai siapakah calon kedua yang bakal dilepaskan Arsenal seandainya kelab berhasrat melepaskan dua orang penjaga gol pada musim panas ini.

Adakah secara pinjaman ataupun dijual?

Berdasarkan kontrak yang dimiliki oleh kelima-lima penjaga gol Arsenal itu, tidak dapat dinafikan mengapa Ospina bakal dilepaskan (dijual) namun Cech yang memiliki tempoh akhir (kontrak) yang sama dengan Ospina bukanlah prospek perpindahan ketika ini.

Kontrak Ospina dan Cech bakal berakhir pada 30.06.2019 dan bakal berada pada tahun terakhir kontrak bersama Arsenal musim depan.

Amat merugikan buat Arsenal jika melepaskan pemain secara percuma musim berikutnya dan dengan kemasukan Leno, tidak mustahil buat Arsenal untuk menjual salah seorang penjaga gol selain Leno dan Cech.

Dengan umur Cech yang berusia 36 tahun, sudah pasti nilai perpindahan tidak begitu tinggi.

Boleh dikatakan ianya mengenai masa depan dua penjaga gol muda Arsenal iaitu Matt Macey dan Emiliano Martinez.


PRESTASI
Berikut adalah prestasi penjaga gol Arsenal bagi musim lalu (2017/18) dan disusun mengikut urutan.

*Nota: Clean sheets merujuk kepada jumlah perlawanan tanpa bolos

No.1 - Bernd Leno ( Baru ditandantangani dan dijangka bakal menjadi No.1 musim depan).
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheets
1.Bundesliga 33 40 10
DFB-Pokal 5 9 2
JUMLAH 38 49 12

No.2 - Petr Cech (dijangka bakal menjadi No.2 musim depan).
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheets
Premier League 34 48 13
Europa 3 3 1
Comunity Shield 1 1 -
JUMLAH 38 52 14



No.3 - Emiliano Martinez
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheets
La Liga 4 5 2
Copa del Rey 2 4 -
JUMLAH 6 9 2

No.4 - Matt Macey
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheets
Premier League 2 6 9 3
Europa League 1 - 1
EFL Cup 1 1 -
JUMLAH 8 10 4


No.5- David Ospina (bakal dijual)
Saingan Penampilan Bolos Clean Sheets
Europa League 10 9 3
Premier League 5 3 3
EFL Cup 5 4 3
FA Cup 1 4 -
JUMLAH 21 20 9

Siapakah yang bakal meninggalkan Arsenal? 

Dan adakah Emiliano Martinez bakal dipinjamkan sekali lagi ataupun giliran Matt Macey bakal dipinjamkan musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post