Sebuah lagi kelab Turki berminat untuk mendapatkan Ospina.

Kali terakhir kami melaporkan berita mengenai perpindahan melibatkan Ospina adalah pada 9 Julai dimana rundingan kelab Turki, Fenerbahce bersama Arsenal dikatakan berjalan lancar.

Sebelum ini, media Turki - Fanatik melaporkan bahawa rundingan Fenerbahce untuk mendapatkan Ospina dari Arsenal dikatakan berjalan lancar dan bakal memuktamadkan rundingan tersebut selepas kejohanan Piala Dunia berakhir.

Namun dalam laporan terbaru mereka (Fanatik), mereka telah melaporkan dimana sebuah lagi kelab Turki iaitu Besiktas telah mengalih sasaran untuk mendapatkan penjaga gol Arsenal, David Ospina selepas penjaga gol utama mereka Fabricio Agosto Ramírez (Fabri) dikatakan semakin hampir menyertai Fulham.

Laporan akhbar Turki itu mendakwa bahawa Besiktas kini dalam proses perbincangan dengan Fulham mengenai perpindahan Fabri dan dikatakan rundingan tersebut berlangsung dengan lancar.

Seandainya perpindahan tersebut berlaku, Besiktas mensasarkan Ospina selaku pemain utama kepada pengganti Fabri.


Fanatik turut mendakwa bahawa pengurus kelab tersebut,  Senol Gunes telah memberikan persetujuan untuk menandatangani pemain antarabangsa Colombia itu.

Fulham dilaporkan menawarkan €6 juta kepada Besiktas untuk mendapatkan Fabri dan media Turki percaya bahawa Besiktas akan menerima tawaran tersebut.

Kontrak Fabri bersama Besiktas bakal berakhir pada Jun 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post