Hector Bellerin tegaskan apa yang penting dalam aksi pra musim

Hector Bellerin tegaskan apa yang penting dalam aksi pra musim. Kredit foto: Sky Sports

Hector Bellerin telah menyentuh mengenai sesuatu yang menarik sepanjang latihan dan aksi pra musim kali ini. 

Arsenal bakal memulakan aksi liga dengan tugas berat apabila menerima kunjungan Juara Liga musim lalu Manchester City pada 12 Ogos nanti.

Kurang daripada dua minggu sahaja lagi untuk perlawanan pertama liga bakal dilangsungkan dan Arsenal ketika ini baru sahaja selesai menghadapi dua perlawanan persahabatan yang dikira agak kompetitif.

Di Singapura, skuad kendalian Unai Emery mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan (penentuan penalti).

Dan menariknya pada perlawanan kedua, boleh dikatakan ianya memberi gambaran keseluruhan bagaimana corak dan taktikal serta pemain yang bakal digunakan oleh Emery nanti.

Walaupun ada yang menyifatkan Arsenal masih lagi lemah ketika menewaskan PSG 5-1, namun keputusan akhir bukanlah sesuatu yang dicari oleh pengendali tersebut.

Lebih utama ianya adalah mengenai kesefahaman diantara pemain dan bagaimana pemain menerima arahan serta menterjemahkan arahan beliau diatas padang.

Unai Emery mahu membentuk sebuah pasukan yang memiliki semangat kuat dan pemain berkualiti. Kredit foto: Arsenal.
"I want to build a team with a good spirit, a good energy and a very good quality of players." - Unai Emery.

Sesuatu yang menarik mengenai apa yang ditegaskan Bellerin mengenai persiapan pada pra musim kali ini adalah dimana beliau mengakui kepentingan memahami sistem baru dibawah kendalian Emery.

"Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, ini semua adalah mengenai pembelajaran sistem baru, mengenai kepentingan pemain untuk membiasakan diri diantara satu sama lain termasuklah kepada pemain baru," kata Bellerin kepada Arsenal Player.

"Sememangnya banyak perkara yang kami dapat pelajari dan memahaminya, sedikit demi sedikit kami semakin 'bersama' dalam latihan setiap hari dengan konsep-konsep baru yang semakin baik dan berkesan."

"Saya sangat gembira dengan latihan dan sikap pemain muda, yang akan datang dan mengambil peluang mereka. Ia adalah perjalanan  (ke Singapura) yang sangat baik untuk semua orang."

Apa yang penting bagi kesemua pemain Arsenal untuk memahami sistem Unai Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post