Wayne Rooney 'berkicap' selamatkan gawang gol demi mencapai kemenangan.

Wayne Rooney dalam keadaan berdarah di Audi Field ketika beraksi untuk DC United. Kredit foto: Yahoo Sport

Wayne Rooney 'mempertaruhkan' badannya untuk membantu DC United mengalahkan Colorado Rapids dan menjaringkan gol pertamanya untuk kelab tersebut semenjak berpindah ke Amerika Syarikat.



Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan England dan Manchester United itu memulakan babak baru dalam karier bolasepaknya apabila berhijrah menyertai Liga Bolasepak Amerika Syarikat (Major Soccer League - MSL) pada 28 Jun lalu.

Beliau yang baru membuat empat penampilan bersama kelab barunya berjaya menjaringkan gol pertama beliau pada perlawanan menentang Colarado semalam, namun ianya turut meninggalkan kenangan buat pemain itu.

Rooney sebelum itu berjaya menewaskan bekas rakan sepasukannya, Tim Howard untuk memimpin pasukannya di Audi Field didepan pada minit ke-33 sebelum Kellyn Acosta menyamakan kedudukan pada minit ke-82 perlawanan.

Kesilapan Niki Jackson menjaringkan gol sendiri pada minit ke-90 memastikan kemenangan buat DC United namun mereka terpaksa bekerja keras untuk untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka disaat-saat akhir.


Dan usaha Rooney yang 'mengorbankan' dirinya nyata berbaloi walaupun mengalami pendarahan dan patah hidung dengan kemenangan DC United itu.



Rooney berkerja keras untuk menyelamatkan gawang DC United daripada dibolosi saat-saat akhir yang mana pertembungan beliau dengan pemain Colorado menyaksikan dirinya mengalami kecederaan pada hidungnya ketika menyelamatkan keadaan digarisan gol United ekoran tendangan sudut diminit akhir perlawanan.


Pengurus DC United, Ben Olsen berkata: "Saya tidak fikir ini adalah kali pertama dia berdarah dalam perlawanan. Dia adalah seorang lelaki yang kuat dan saya fikir dia mampu mengharunginya."

"Dia sangat hebat dalam setiap aspek, dalam setiap cara yang kita mahukan dia bersama dengan pasukan ini, dengan kepimpinan dan keupayaan menjaringkan gol. Mudah-mudahan ianya akan terus menjadi lebih baik. "



United kekal ditangga tercorot liga selepas mengharungi 18 perlawanan, mengumpul 17 mata dengan perbezaan tiga perlawanan bersama pasukan kedua tercorot liga, Totonto yang mengumpul 21 mata hasil 21 perlawanan.


Post a Comment

Previous Post Next Post