Jeff Reine-Adelaide tidak menyesal tinggalkan Arsenal.

Jeff Reine-Adelaide tidak menyesal tinggalkan Arsenal dan mengakui situasi yang sangat rumit di Utara London.



Pemain skuad kebangsaan Bawah 20 tahun Perancis yang juga merupakan bekas pemain remaja Arsenal, Jeff Reine-Adelaide (20 tahun) secara sah telah menyertai Angers pada 26 Julai lalu apabila menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Perancis itu dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.
Dilahirkan di Champigny-sur-Marne, Perancis, Reine-Adélaïde memulakan karier awal selaku pemain bolasepak bersama RC Lens pada tahun 2015.

Dan beliau menyertai Arsenal pada 1 Julai 2015 selepas berakhirnya musim pertama beliau bersama RC Lens.

Di awal penyertaan dan penampilan beliau bersama Arsenal pada musim 2015/16, ketika kejohanan Piala Emirates (pra musim), aksi dan persembahan beliau ketika itu begitu mendapat pujian dan perhatian baik daripada penyokong mahupun pemerhati bolasepak.


Namun beliau gagal untuk membarisi skuad utama Arsenal sepanjang tiga musim bersama Arsenal apabila hanya berjaya membuat lapan penampilan bersama skuad utama Arsenal dimana khidmat beliau itu hanya digunakan bagi aksi Piala FA dan Piala Liga.

Rekod penampilan bersama skuad utama Arsenal
Musim Liga Piala Fa Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
P G P G P G p G P G P G
2015/16 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
2016/17 0 0 3 0 3 0 0 0 - - 6 0
2017/18 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
JUMLH 0 0 5 0 3 0 0 0 0 0 8 0
P =Penampilan, G= Gol dijaringkan

Reine-Adelaide membuat kemunculan profesionalnya untuk Arsenal pada 9 Januari 2016 ketika menentang Sunderland bagi saingan Piala FA, yang mana beliau masuk menggantikan Joel Campbell pada minit ke-81 dalam kemenangan 3-1 Arsenal di Stadium Emirates.

Beliau pada musim 2016/17 hanya membuat enam penampilan untuk skuad utama Arsenal dan aksi beliau yang terakhir (bersama skuad utama) adalah ketika menentang Sutton United pada perlawanan peringkat suku akhir Piala FA.

Kemudian beliau beraksi untuk skuad U23 Arsenal dan mengalami kecederaan ketika menentang Reading yang seterusnya menyaksikan beliau terpaksa direhatkan sepanjang musim itu.

Namun pada 31 Januari 2018, beliau akhirnya menyertai Angers secara pinjaman untuk baki musim 2017/18.

Dalam pendedahan terkini, beliau mendedahkan bahawa beliau tidak menyesal meninggalkan Arsenal setelah mengharungi tiga musim dan menyifatkan situasi beliau begitu rumit bersama kelab.

"Sukar untuk saya berada selama tiga tahun di sana, mengetahui bahawa saya hampir tidak pernah bermain dan saya hanya mengambil bahagian dalam latihan," katanya.

"Ia adalah situasi yang sangat rumit."

"Tidak mudah untuk meninggalkan Arsenal namun tempoh pinjaman (menyertai Angers) yang saya buat di sini musim lalu dari bulan Februari hingga Mei memudahkan saya membuat keputusan."

Mesej perpisahan Jeff Reine-Adelaide kepada peminat dan penyokong Arsenal yang disiarkan pada laman twitter beliau.
Diharapkan beliau mampu membina karier beliau bersama Angers dengan lebih cemerlang lagi serta mampu menjadi seorang pemain mantap dimasa hadapan.

 Selamat maju jaya Jeff Reine-Adelaide!

Post a Comment

Previous Post Next Post