Jamie Redknapp tidak yakin Arsenal mampu cabar kejuaraan musim depan (2018/19).

Jamie Redknapp. Kredit foto :Daily Express

Jamie Redknapp, 45 tahun merupakan bekas pemain Liverpool dan Tottenham yang kini menjadi pundit di Sky Sports dan kolumnis sukan Daily Mail.

Bercakap kepada Sky Sports News,  beliau mengakui bahawa Emery merupakan individu yang tepat untuk mengendalikan Arsenal selepas mengambil alih tugas tersebut daripada Arsene Wenger.


Namun dalam masa yang sama, beliau turut mengatakan bahawa pengendali baharu Arsenal itu mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan terhadap Arsenal.

"Banyak perkara yang perlu dilakukan di Arsenal." kata Redknapp kepada Sky Sports. 

"Apa yang perlu dilakukan oleh Unai Emery adalah merangsang skuad mereka. Mereka telah bergelut sekian lama, mereka tidak mempunyai dorongan dan mereka masih selesa 'dibuai mimpi'."

"Mereka memerlukan tenaga baru dalam pasukan dan seorang pengurus baru akan melakukannya (memberi dorongan)."

"Emery, dia akan memberikan mereka dorongan tersebut dalam latihan pra-musim."

"Perlawanan Arsenal menentang Manchester City merupakan satu perlawanan yang menjadi perhatian pada minggu pembukaan liga dan ianya bukanlah satu yang mudah untuk Emery."

"Saya pasti dia akan berfikir 'bolehkah anda memberikan saya perlawanan yang lebih mudah?', Tetapi itulah Liga Perdana. Apa yang dia akan lalui dalam liga ini, tidak seperti La Liga di mana anda mempunyai enam atau tujuh perlawanan mudah setiap tahun, disini tidak ada perlawanan yang mudah."

"Dia akan bermain menentang pasukan terbaik untuk perlawanan pertama beliau dan dia akan mengetahui lebih banyak mengenai pasukannya sebelum jendela perpindahan ditutup."

"Saya tidak fikir mereka akan mencabar pada akhir musim ini, tetapi penting bagi mereka untuk merapatkan jurang itu dan memastikan mereka mencuba dan kembali ke berada dikelompok empat teratas."

"Liverpool dan Tottenham akan menjadi pencabar terdekat Manchester City. Jelas sekali, Manchester United di bawah Jose Mourinho akan cuba bersaing namun Liverpool dan Tottenham akan menjadi yang paling dekat dengan City."

"Setelah mengatakan itu, saya dapat merasakan bahawa City akan melakukannya sekali lagi, mereka mempunyai begitu ramai pemain yang hebat."

Mungkin ada benarnya kata-kata Jamie Redknapp itu, terutamanya dorongan yang begitu jelas, begitu ketara pada musim lalu. Dapat dilihat para pemain seolah-olah tidak bersemangat.

Namun, penulis tetap berharap Emery mampu memberikan sesuatu kepada pasukan walaupun Redknapp tidak yakin dengan kemampuan Arsenal untuk menjadi pencabar kejuaraan liga, pun begitu kita selaku penyokong haruslah sentiasa yakin dengan kemampuan pasukan.

Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil - Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah.

Atau

Biar putih tulang jangan putih mata - Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post