Calon-calon Kapten baharu Arsenal musim 2018/19.

Jika musim sebelum ini, Per Mertesacker merupakan kapten Arsenal dan Laurent Koscielny pula dilantik menjadi timbalan kapten serta Petr Cech selaku kapten ketiga, musim baru nanti (2018/19) tugas dan tanggungjawab selaku kapten pasukan masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana persaraan Mertesacker telah meninggalkan kekosongan tersebut dan tahap kecergasan Koscielny yang masih diragui turut mengundang persepsi mengenai masa (peluang) bermain pemain itu dalam kesebelasan utama Arsenal musim  depan.

Lebih-lebih lagi dengan kemasukan pertahanan berpengalaman Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos, ianya turut menimbulkan persoalan mengenai masa bermain Koscielny musim depan.

Jika Cech musim lalu menjadi kapten ketiga pasukan, kemasukan Bernd Leno turut memberi gambaran mengenai peluang untuk penjaga gol utama musim lalu itu beraksi musim depan dengan (kemungkinan) Leno bakal diberikan peranan selaku No.1.

Boleh dikatakan peluang beraksi buat Koscielny dan Cech musim depan sedikit diragui.

Pun begitu jika melihat kepada Kapten Arsenal musim lalu, aksi dan masa bermain Mertesacker juga amat kurang diturunkan dan tugas tersebut digalas oleh Koscielny.


Dan mengikut pandangan penulis, Koscileny bakal dilantik menjadi Kapten pasukan musim depan, namun sudah tentu pembantu Koscielny (timbalan kapten) dan kapten ketiga turut akan dilantik.

Namun siapakah yang benar-benar layak?

Tinjuan komen mengenai siapakah calon yang dirasakan sesuai menjadi kapten Arsenal yang diambil pada posting MyGooners mendapati keputusan adalah seperti berikut (komen dikira setakat jam 11 malam - 7 Julai 2018) :

Calon Jumlah Undian
Aaron Ramsey 22
Mesut Özil 19
Laurent Koscielny 14
Granit Xhaka 8
Sokratis Papastathopoulos 7
Shkodran Mustafi 5
Stephan Lichtsteiner 3
Alex Iwobi 2
Pierre-Emerick Aubameyang 2
Petr Čech 2
Henrikh Mkhitaryan 2
David Ospina 1
Danny Welbeck 1


Bagaimana Wenger memilih calon?

Jika era Arsene Wenger masih menjadi pengurus pasukan, beliau telah memilih calon berdasarkan kepada kebolehan individu (pemain) yang mampu 'membaca' dan menganalisa ketika perlawanan sedang berlangsung.

Baca : Kapten Arsenal dibawah era Arsene Wenger.

Serta individu tersebut merupakan orang perantaraan diantara beliau dan pemain.

Boleh dikatakan orang yang dipercayai Wenger untuk berada dipadang, mengemudi pasukan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Dan ini juga menjelaskan mengapa beliau (Wenger) hanya berada dengan tenang ditepi padang tanpa memberi arahan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Kepercayaan kepada pemain untuk mengawal permainan setelah arahan diberikan sebelum perlawanan dan ketika rehat (separuh masa).

Serta tugas tambahan kepada Kapten untuk mengemudikan pasukan ketika perlawanan sedang dijalankan.

Maka tidak hairanlah hampir kesemua bekas Kapten Arsenal (yang bersara selaku pemain) ketika era Wenger mampu menjadi pengurus/jurulatih pasukan ketika ini.

Sembilan pemain yang pernah menjadi kapten Arsenal dibawah kendalian Wenger:
Pertahanan : Tony Adam, Gallas, Vermaelen, Mertesacker.
Tengah : Vieira, Fabregas, Arteta
Penyerang : Henry, van Persie

Bagaimana Emery memilih kapten pasukan?

Melihatkan kepada calon yang pernah dilantik Emery dalam pemilihan selaku kapten pasukan, tidak mustahil untuk kita melihat kapten Arsenal musim depan bakal dipegang oleh pemain pertahanan.

Dan tidak mustahil untuk kita melihat Koscielny masih diberikan tanggungjawab tersebut.

Valencia CF
2008/09 : Carlos Marchena - pertahanan.
2009/10 : Carlos Marchena - pertahanan.
2010/11 : David Albelda - tengah.
2011/12 : David Albelda - tengah.

Sevilla.
2013/14: Ivan Rakitić - tengah.
2014/14 : Fernando Navarro - pertahanan.
2015/16 : José Antonio Reyes - tengah.

Paris Saint-Germain (PSG).
2016/17 : Thiago Silva - pertahanan
2017/18 : Thiago Silva - pertahanan

Post a Comment

Previous Post Next Post