Lucas Torreira terbang terus ke London dari Moscow untuk tandatangani kontrak selama lima tahun

Lucas Torreira dilaporkan bakal menaiki penerbangan terus ke London dari Rusia pada hari Isnin (malam ini) untuk melengkapkan perpindahan ke Arsenal, menurut laporan di Uruguay.

Selepas Uruguay tersingkir daripada Kejohanan Piala Dunia di Rusia, pemain tengah pasukan tersebut bakal berlepas (terbang) dari Moscow terus ke London bagi menjalani ujian perubatan (kesihatan).

Menurut laporan, rakan-rakan sepasukan beliau akan berlepas dari Nizhny Novgorod ke Carrasco, Uruguay, namun Torreira pula dilaporkan akan terbang terus ke London dari Moscow untuk menyelesaikan perpindahannya.

Selain Torreira, Carlos Sanchez, Rodrigo Bentancur, Cristhian Stuani, Gaston Silva dan Martin Silva turut dilaporkan tidak menyertai rakan-rakan sepasukan Uruguay untuk kembali ke negara tersebut.

Media Uruguay, Tenfield mendakwa Torreira akan menjalani perubatan dan menandatangani perjanjian (kontrak) selama lima tahun dengan Arsenal minggu ini sebelum diberikan cuti rehat (ekoran terlibat dalam Kejohanan Piala Dunia).

Torreira dijangka bakal menerima gaji berjumlah £2.6 juta (€3juta) setahun dan bakal mencatat sejarah sebagai pemain Uruguay pertama bermain untuk Arsenal.

Lucas Torreira, escala en Moscú y directo a Londres, para convertirse oficialmente en jugador del Arsenal. El volante celeste cumplirá con los exámenes médicos de rigor y firmará contrato por 5 años con una paga anual de 3 millones de euros.  - Tenfield

Terjemahan (terima kasih kepada google translate):
Lucas Torreira, stopover in Moscow and direct to London, to officially become an Arsenal player. The celestial steering wheel will comply with the rigorous medical examinations and will sign a contract for 5 years with an annual payment of 3 million euros.

Selain itu, pemain muda Lorient,  Matteo Geundouzi juga dikatakan bakal menjalani ujian perubatan (kesihatan) bersama Arsenal yang dijangka akan diadakan pada Isnin (waktu UK) - baca disini (klik).

Turut dikaitkan perpindahan Arsenal dengan Ever Banega dan Steven Nzonzi namun perpindahan Banega ke Arsenal mungkin tidak menjadi kenyataan setelah laporan mengatakan pemain tersebut telah membuat keputusan untuk kekal bersama Sevilla.

Manakala Nzonzi pula dikatakan sedang berunding bersama Arsenal, pun begitu ianya masih lagi dikatakan berada diperingkat awal.

Post a Comment

Previous Post Next Post