Joel Campbell ... Apa cerita?

Joel Campbell, 26 tahun merupakan pemain bolasepak kebangsaan Costa Rica yang turut mewakili kelab Arsenal dan beliau mampu beraksi selaku penyerang mahupun sebagai pemain sayap.



Beliau menyertai Arsenal pada 19 Ogos 2011 pada usia 19 tahun daripada kelab Costa Rica, Saprissa dengan kontrak jangka panjang tanpa didedahkan nilai perpindahan tersebut.

Namun Campbell gagal mendapatkan permit kerja di England selepas lapan hari menyertai Arsenal dan ini menyebabkan Arsenal terpaksa menghantar pemain ini ke Perancis bagi membolehkan beliau memenuhi syarat mendapatkan permit kerja.

Beliau akhirnya berjaya mendapatkan permit kerja pada Julai 2013 selepas menghabis dua musim selaku pemain pinjaman kepada Lorient (2011-2012) dan Betis (2012-2013).

Rekod penampilan bersama Lorient (2011-2012)
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Ligue 1 25 3 3
Coupe de la Ligue 1 1 -
Coupe de France 1 - -
Jumlah 27 4 3

Rekod penampilan bersama Betis (2012-2013)
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
LaLiga 28 2 3
Copa del Rey 5 - -
Jumlah 33 2 3

Ketika bersama Lorient, Campbell lebih banyak digunakan selaku penyerang manakala ketika berada di kelab Sepanyol, Betis beliau lebih kerap digunakan pada sayap kanan dan kiri malahan dua gol yang dijaringkan beliau itu adalah ketika beliau diturunkan pada posisi sayap kiri (satu gol) dan sayap kanan (satu gol).

Selepas berjaya memperolehi permit kerja pada tahun 2013, beliau dipinjamkan kepada Olympiacos untuk tempoh semusim lagi sebagaimana kelab-kelab terdahulu.

Dan berikut adalah rekod karier Campbell bermula saat beliau berjaya memperolehi permit kerja dan dipinjamkan kepada Olympiacos.

Musim Kelab Status Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2013–2014 Olympiacos Pinjaman 43 11 11
2014-2015 Arsenal - 11 - 1
2015 Villarreal Pinjaman 22 1 -
2015-2016 Arsenal - 31 4 6
2016–2017 Sporting CP Pinjaman 29 3 4
2017–2018 Betis Pinjaman 9 2 1

Ketika ini kisah mengenai beliau jarang diperkatakan selepas mengalami kecederaan ketika dipinjamkan kepada Betis dan bakal kembali bersama Arsenal.

Dengan jendela perpindahan hanya tinggal lebih kurang 53 hari lagi untuk ditutup (31 Ogos 2018) dan ditambah dengan kontrak beliau bakal berakhir pada musim panas 2019 (Jun), masa depan pemain kebangsaan Costa Rica ini bersama Arsenal terus menjadi tanda tanya dikalangan peminat dan penyokong Arsenal.

Menjadi 'amalan' biasa untuk mana-mana kelab untuk cuba menjual pemain yang berada ditahun akhir kontrak bersama mereka dan ini termasuklah Arsenal.

Perlantikan Unai Emery selaku pengendali baru Arsenal pasti memberi ruang dan peluang terbaik buat Campbell dalam merebut tempat dan membuktikan kehebatan beliau bersama Arsenal.

Beliau akan melaporkan diri bersama skuad Arsenal bagi latihan pra musim pada 23 Julai ini dan jika beliau gagal untuk menawan Emery, sudah pasti beliau akan dilepaskan.

Dan laporan daripada Bola VIP mendedahkan dimana kelab Turki (Fenerbahce) dan Itali (Lazio) berminat untuk mendapatkan khidmat Campbell.

Campbell, quien estuvo cedido la pasada campaña con Betis de Sevilla en La Liga, despertó el interés del turco Fenerbahce y del italiano Lazio, después de su aceptable participación con la Sele en la Copa Mundial de Rusia 2018.
-- Bola VIP

Manakala media Itali, Gazzetta dello Sport pula hanya mengatakan bahawa kelab Itali berminat untuk mendapatkan Campbell tanpa mendedahkan nama mana-mana kelab.

Gazzetta dello Sport 
Mampukah Campbell menawan Emery... atau beliau bakal dijual bagi memberi ruang kepada pemain baru?

Post a Comment

Previous Post Next Post