Jose Mourinho enggan jawab soalan manakala Scholes tidak yakin Man.United mampu juara

Jose Mourinho enggan jawab soalan manakala Scholes tidak yakin Man. United mampu juara. Kredit foto : The Standard

Jose Mourinho enggan menjawab soalan mengenai peluang sama ada mereka (Manchester United) cukup kuat untuk bersaing bagi merebut gelaran Liga Perdana musim depan.



United telah membawa tiga pemain dengan nilai perpindahan adalah dipercayai sekitar £72.5 juta pada musim panas ini dan pengendali berusia 55 tahun itu memberitahu ESPN bahawa beliau masih ingin menandatangani untuk sekurang-kurangnya dua lagi pemain baru.

Namun beliau enggan menjawab soalan yang dikemukan kepada beliau pada sidang media mengenai peluang dan keyakinan beliau dalam membawa Man. United menjadi kuasa pencabar kejuaraan liga musim depan (2018/19) apabila mengatakan:

"Saya tidak akan menjawab soalan anda."

Pengurus kelahiran Portugal itu terus membisu dan tidak melayan soalan tersebut walaupun diasak (ditekan) untuk menjelaskan mengapa.

United musim lalu menamatkan saingan liga ditempat kedua (perbezaan 19 mata) dibelakang Manchester City yang menjuarai liga disamping kecundang di tangan Chelsea pada perlawanan Akhir Piala FA.

Manchester United telah membelanjakan sebanyak £52 juta (sumber: Sky Sports) bagi mendapatkan pemain tengah, Fred yang mana ianya merupakan pembelian termahal mereka setakat ini.

Fred, pemain termahal yang dibawa masuk United setakat ini (jendela perpindahan musim panas).
Pemain yang dibawa masuk United setakat ini:
Kelab itu juga dikaitkan dengan pemain tengah Brazil, Willian, pemain sayap Croatia, Eintracht Frankfurt, Ante Rebic dan pertahanan Belgium, Toby Alderweireld.



Pengendali Manchester United itu bercakap kepada media di Los Angeles sebelum perlawanan persahabatan pra-musim menentang AC Milan yang dijadualkan berlangsung esok, jam 11.05 pagi waktu Malaysia.

Bos United itu berkata, dia tidak berpuas hati dengan lawatan mereka ke Amerika Syarikat kerana dia tidak mempunyai beberapa pemain utama yang tidak mengikuti mereka ekoran terlibat dan diberikan cuti tambahan  selepas beraksi pada kejohanan Piala Dunia di Rusia baru-baru ini.

The Red Devils mempunyai 12 pemain yang bersaksi di kejohanan itu, dengan lapan daripada mereka beraksi diperingkat separuh akhir. 

Tottenham juga mempunyai 12 pemain di Rusia manakala Manchester City mempunyai 16 pemain.

"Saya tidak mempunyai majoriti pemain yang akan tersenarai di dalam pasukan pada 9 Ogos, apabila pasaran (jendela perpindahan) ditutup dan kami boleh mengumumkan secara rasmi (pasukan) untuk musim ini. Jadi sudah tentu saya tidak gembira, hanya memiliki beberapa pemain sahaja. " katanya.

Manakala bekas pemain tengah United, Paul Scholes pula tidak begitu yakin dengan kemampuan pasukan kendalian Mourinho itu untuk mencabar kejuaraan liga musim depan.

Beliau percaya bekas pasukannya itu menghadapi tugas berat untuk memenangi mahkota kejuaraan kali ke-21 mereka dan Mourinho tidak berada dalam kerangka yang betul.

'Sukar untuk United memenangi liga' - Scholes

"Setiap tahun ketika United tidak memenangi sesuatu, itu adalah bencana," jelas bekas pemain  United yang berusia 43 tahun yang telah memenangi 11 gelaran liga bersama United, ketika bercakap kepada Bein Sports (via BBC).

"Dia jelas harus cuba memenangi liga, tetapi ada banyak pasukan yang kuat sekarang, ini akan menjadi lebih sukar."

"Dia tidak kelihatan gembira kepada saya. Ia adalah satu pasukan yang berkisar mengenai keputusan dan bukannya benar-benar menarik perhatian anda dan itu mungkin apa yang dia gembira dengannya."

"Itulah di mana dia berada selama ini."

"Saya fikir dia mempunyai setiap sumber yang ada baginya untuk mempunyai sebuah pasukan yang mampu memenangi liga. Itulah yang diharapkan oleh peminat dan apa yang saya yakin, bosnya turut mengharapkan sesuatu sama."

Post a Comment

Previous Post Next Post