AC Milan sedia buat tawaran terhadap CEO Arsenal, Ivan Gazidis.

AC Milan dilaporkan bakal melakukan perubahan besar-besaran selepas pihak pengurusan Elliott bertanggungjawab ke atas kelab tersebut.



Ekoran kegagalan Yonghong Li menjelaskan hutang pinjaman yang dibuat ketika pengambilan kelab tersebut pada tahun 2016, AC Milan kini berada dibawah pengurusan baharu iaitu Kumpulan Pengurusan Dana Elliot.

Selepas Yonghong Li dan Marco Fassone, kini Massimiliano Mirabelli juga disingkirkan daripada kelab tersebut setelah pihak Elliott melakukan rombakan secara besar-besaran bagi memulihkan kembali imej dan kewangan kelab.

Menurut laporan, Leonardo dikatakan bakal menggantikan Mirabelli setelah rundingan diantara mereka (Leonardo dan AC Milan) telah pun dijalankan (walaupun pengumuman rasmi masih belum diumumkan).

Bekas Ketua Jurulatih AC Milan (2009-2010), Leonardo. Kredit foto : The Telegraph
Jika AC Milan telah menemui calon pengganti kepada Mirabelli dimana Leonardo akan mengisi jawatan selaku Pengarah Sukan AC Milan (Sport Director), persoalan kini terarah kepada jawatan Pengarah Urusan kelab selepas Fassone disingkirkan.

Minggu lalu, media Itali telah melaporkan dimana Ketua Eksekutif Arsenal (CEO), Ivan Gazidis dikatakan menjadi sasaran utama Milan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Fassone.

Terkini, menurut laporan media Itali, Calciomercato mendakwa bahawa kemungkin besar AC Milan bakal melantik CEO Arsenal, Gazidis sebagai pengganti kepada Fassone yang disingkirkan.

Berdasarkan laporan itu juga (melalui pendedahan Sky Sports), Gazidis mungkin akan menyertai Milan selepas 31 Ogos 2018; iaitu selepas kontrak beliau berakhir bersama Arsenal.


Pun begitu, menurut laporan Metro, Umberto Gandini bakal dilantik menjadi Pengurus Besar (General Manager) AC Milan manakala Ivan Gazidis pula bakal menjawat jawatan selaku Ketua Eksekutif AC Milan.

Arsenal’s chief executive Ivan Gazidis is set to become AC Milan’s new CEO, according to widespread reports in Italy. - Metro


Gianluca Di Marzio and Sky Italia report that after a meeting in London on Monday, Roma’s CEO Umberto Gandini will rejoin the club as their new general manager. - Metro

Jika struktur baru itu dilakukan, maka Gandini (CEO Roma ketika ini) akan menjawat jawatan Pengurus Besar dan akan bekerja dibawah Gazidis selaku CEO baru AC Milan. 

Ermm...sukar untuk mempercayai bahawa Gazidis bakal meninggalkan Arsenal, lebih-lebih lagi beliau mengambil masa 10 tahun untuk menyingkirkan Arsene Wenger yang mana ketika bekas pengurus Arsenal itu masih bersama Arsenal, kuasa dan keputusan diantara mereka (Gazidis dan Wenger) bertindih dan Wenger dilihat lebih banyak berkuasa.

Kini, selepas beliau (Gazidis) memiliki kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju Arsenal, adakah beliau akan melepaskannya?

Post a Comment

Previous Post Next Post