Pengerusi Arsenal, Sir Chips Keswick keluarkan kenyataan berhubung masa depan Ivan Gazidis.

Pengerusi Arsenal, Sir Chips Keswick. Kredit foto: Daily Express

Ekoran laporan yang mengatakan bahawa Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bakal menyertai AC Milan selepas 31 Ogos ini, pengerusi Arsenal Sir Chips Keswick telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.



Melalui kenyataan yang dikeluarkan pada laman rasmi Arsenal, Pengerusi Arsenal, Sir Chips Keswick telah menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Gadizis telah bersetuju untuk meninggalkan Arsenal dan menerima tawaran daripada mana-mana kelab (khususnya AC Milan).


Walaupun mengakui bahawa Gazidis banyak menerima tawaran, namun CEO Arsenal itu tetap komited terhadap Arsenal dan ketika ini beliau bersama pasukan di Singapura bagi jelajah pra musim 2018.

Kenyataan Sir Chips Keswick jelas menunjukkan bahawa Ivan Gazidis masih kekal selaku CEO Arsenal dan tidak akan meninggalkan Arsenal sebagaimana laporan media yang hangat memperkatakan bahawa AC Milan bakal menandatangani CEO Arsenal September ini.

Kenyataan penuh Sir Chips Keswick sebagaimana dipetik dari laman rasmi Arsenal:

"We are aware of the speculation surrounding our chief executive Ivan Gazidis. We know he receives many offers from organisations inside and outside the game as he’s a hugely respected figure. He has never accepted any of these opportunities and has never spoken about them publicly. He has always been fully committed to taking Arsenal forward and is currently working hard in Singapore with our new head coach Unai Emery as we prepare for the new season."

Ivan Gazidis kini bersama pasukan di Singapura bagi jejalah pra musim 2018 Arsenal. Kredit foto : Sky Sports.

Post a Comment

Previous Post Next Post