Alex Iwobi bakal tandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

Iwobi bakal ditawarkan kontrak baru bersama Arsenal. Kredit foto :The Government and Business Journal

Alex Iwobi bakal ditawarkan pembaharuan kontrak bersama Arsenal selepas mendapat persetujuan Unai Emery.



Pemain tengah dan sayap muda Arsenal, Iwobi dijangka menandatangani kontrak jangka panjang yang baru bersama Arsenal, menurut laporan.


Pemain berusia 22 tahun itu merupakan salah seorang pemain yang lahir daripada akademi The Gunners dan membuat penampilan pertama (kompetitif) bersama skuad utama Arsenal hampir tiga tahun yang lalu.

Sebelum ini, beliau dikatakan menjadi sasaran kelab Itali dengan Lazio dilaporkan telah menyatakan minat mereka untuk menandatangani Iwobi pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun, pemain kebangsaan Nigeria ini hampir pasti mengukuhkan masa depan beliau bersama Arsenal apabila bakal menandatangani pembaharuan kontrak.

Menurut laporan Daily Mirror, Iwobi bakal menandatangani perjanjian baru bersama Arsenal yang akan mengekalkan beliau berada di Utara London sehingga tahun 2022.

Iwobi ketika ini mempunyai kurang dari dua tahun (kontraknya) bersama Arsenal dan kontrak semasa beliau bakal berakhir pada 30 Jun 2020.

Beliau ketika ini dianggarkan bernilar sekitar €15 - 16 juta.

Kedudukan (ranking) nilai pasaran Iwobi ketika ini.
Laporan itu juga mendakwa pengendali baharu Arsenal, Unai Emery melihat Iwobi sebagai sebahagian daripada 'kunci' rancangannya untuk masa depan.

New Gunners boss Unai Emery sees the midfielder as a key man as he plots his revolution in north London.
-- Daily Mirror

Difahamkan, Iwobi dan Arsenal telah berbincang mengenai kontrak baru semenjak akhir musim lalu.

Emery dilaporkan yakin dengan kemampuan dan bakat yang ada pada Iwobi. Kredit gambar : Daily Express
Iwobi terlepas aksi dan latihan awal pra musim bersama Arsenal setelah terlibat dengan tugasan bersama skuad kebangsaan Nigeria pada Kejohanan Piala Dunia yang baru berakhir.

Namun beliau disenaraikan dan dibawa Emery menyertai skuad Arsenal pada siri jelajah pra musim 2018 Arsenal yang bakal berlangsung di Singapura pada 26 dan 28 Julai ini.
  • 26 Julai : Arsenal vs Atletico Madrid, jam 7.35 malam.
  • 28 Julai : Arsenal vs PSG, jam 7.35 malam.
  • 2 Ogos : Arsenal vs Chelsea, jam 3.05 pagi
Berdasarkan perkembangan tersebut, ianya sekaligus menafikan peluang Lazio, Everton dan beberapa kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat Iwobi pada musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post