Unai Emery buka mulut mengenai perpindahan Steven Nzonzi selepas pemain tersebut membuat permintaan untuk berpindah.

Pengendali Arsenal, Unai Emery enggan menolak langkah berpotensi untuk bintang Sevilla, Steven Nzonzi.



Nzonzi, 29 tahun telah membuat 136 penampilan untuk Sevilla sejak perpindahannya dari Stoke City pada tahun 2015 dan telah berkembang menjadi salah seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder) paling mantap di La Liga.

Emery sudah tentu mengenali Nzonzi dengan baik ketika mereka bersama di Sevilla, di mana mereka memenangi Liga Europa pada 2015/16 dan dipercayai bahawa pengendali Arsenal itu berminat untuk bersatu kembali dengan bekas pemainnya di Emirates.

Laporan Express awal bulan ini mendakwa bahawa Nzonzi telah menyerahkan permintaan untuk meninggalkan kelab tersebut dengan dikatakan mahu menyertai Arsenal.

Emery dalam laporan terkini, telah ditanya mengenai minat Arsenal terhadap pemain Perancis tersebut, menjelaskan bahawa beliau tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menandatangani pemain itu.

"Saya kenal dia tapi kami belum membuat sebarang langkah untuknya."

"Biasanya, dalam karier saya, kelab-kelab besar tidak menutup (pintu) atau saat untuk menandatangani pemain baru."

"Setakat ini, kita OK. Mungkin kita boleh membawa masuk seorang pemain baru jika kemungkinan yang sangat tinggi untuk mereka membantu kami (menguatkan pasukan), tetapi kelab (Arsenal) telah melakukan yang terbaik menandatangani pemain baru dan saya gembira."

"Kami menandatangani pemain yang kami perlukan dan hanya jika seorang pemain merupakan peluang besar buat kami, kami akan menandatangani mereka."

"Biasanya, kami memikirkan pemain muda, sama ada mereka tinggal (bermain) bersama kami atau bermain secara pinjaman dengan pasukan lain."

Selain itu Emery turut mendedahkan dimana beliau sememangnya berhasrat mahu mengekalkan Aaron Ramsey bersama Arsenal dan memuji kebolehan yang ada pada pemain kebangsaan Wales itu.
Emery mahu Ramsey kekal bersama Arsenal.
Kontrak Ramsey bakal berakhir pada penghujung musim 2018/19 dan Emery mengesahkan bahawa pemain tersebut adalah merupakan sebahagian utama rancangannya bersama Arsenal.

 "Saya sangat gembira dengannya," kata bekas pengendali Paris Saint-Germain.

'Bagi saya, setiap hari, setiap sesi latihan, dia mempunyai cita-cita yang saya mahukan. Dia bekerja dengan kualiti, jenis keupayaan yang saya mahukan. Saya mahu bekerja dengannya. "

Post a Comment

Previous Post Next Post