Kisah Pemain Spurs yang mahukan Jersi Welbeck.

Danny Welbeck, 27 tahun merupakan pemain bolasepak kebangsaan England yang dilahirkan daripada akademi Manchester United.


Beliau menyertai Arsenal pada 2 September 2014 dan perpindahan beliau yang berjumlah £16 juta itu dilakukan pada saat-saat akhir penutupan jendela perpindahan musim panas tahun tersebut.

Sebelum menyertai Arsenal, Welbeck telah beraksi selama tujuh musim bersama Machester United dalam skuad utama pasukan yang dikenali dengan gelaran The Red Devils itu.

Rekod penampilan tujuh musim bersama Manchester United.
MUSIM LIGA PIALA FA PIALA LIGA EROPAH LAIN-LAIN JUMLAH
P J P J P J P J P J P J
2007 – 08 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2008 – 09 3 1 5 2 5 0 0 0 0 0 13 3
2009 – 10 5 0 1 0 3 2 2 0 0 0 11 2
2011 – 12 30 9 2 1 1 0 5 2 1 0 39 12
2012 – 13 27 1 4 0 2 0 7 1 - - 40 2
2013 – 14 25 9 1 0 4 0 5 1 1 0 36 10
2014 – 15 2 0 - - 1 0 - - - - 3 0
P = Penampilan, J = Jaringan gol yang dihasilkan

Menjelang pertemuan Separuh Akhir Piala Dunia 2018 diantara England dan Crotia yang akan berlangsung jam 2 pagi esok (waktu Malaysia), pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli berkongsi cerita mengenai Danny Welbeck, pemain penyerang Arsenal.

Dele Alli dan Danny Welbeck kini merupakan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan England yang beraksi di Kejohanan Piala Dunia Rusia 2018.

Dele Alli. Kredit foto : Goal.com
Dele Alli, 22 tahun merupakan pemain bolasepak yang dilahirkan daripada akademi Milton Keynes Dons (MK Dons) dan beliau menyertai Tottenham pada 2 Februari 2015.

Selepas menandatangani kontrak bersama Spurs, beliau dipinjamkan kembali kepada kelab lamanya MK Dons bagi menghabiskan musim 2014/15.



Dua hari lalu, beliau telah mendedahkan kisah mengenai apa yang terjadi diantara beliau dan penyerang Arsenal, Danny Welbeck kepada Telegraph.

Melalui pendedahan tersebut, beliau menceritakan bagaimana beliau begitu mahukan jersi yang dipakai penyerang Arsenal, Danny Welbeck ketika dia masih muda.

Pada ketika itu, Alli mewakili MK Dons manakala Welbeck pula mewakili Manchester United dan mereka bertembung dalam saingan Piala Liga (League Cup - Capital One Cup) pada 27 Ogos 2014.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh MK Dons dengan keputusan 4-0 dan selepas tamat perlawanan tersebut, Alli berminat untuk mengambil (mendapatkan) jersi Welbeck, namun ditolak oleh penyerang yang mewakili Arsenal ketika ini.

“Me and Danny have a joke about it because I asked him for his shirt,” said Alli.

“We speak about it now. He wouldn’t give it to me. I think he wanted to keep that shirt, but he was polite about it. He wasn’t nasty, he was really nice. I’ve still got my shirt. I wasn’t going to give him mine, I just wanted his.”

-- Telegraph.

Karier dan prestasi dua pemain tersebut ketika ini melalui arah bertentangan semenjak mereka bertemu dalam perlawanan Piala Liga tersebut (2014).

Alli kini menjadi pemain bintang buat kelab Tottenham dan beliau telah menjaringkan 46 gol dalam 146 penampilan serta menghasilkan 41 bantuan gol sepanjang karier beliau bersama kelab tersebut.

Dan beliau kini menjadi antara pemain utama England dibawah kendalian Gareth Southgate dengan membuat tiga penampilan pada Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia.

Manakala Welbeck pula, masih bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaik beliau selepas mengalami kecederaan sebelum ini dan hanya mampu beraksi 11 minit dalam satu penampilan (sebagai pemain gantian) di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia setakat ini.

Bersama Arsenal, Welbeck hanya menjaringkan 27 gol dan 14 bantuan gol dalam 112 penampilan setakat ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post