Vincent Kompany dedah mengapa beliau gembira berada bersama lagenda Arsenal.

Kapten Manchester City,  Vincent Kompany  dedahkan mengenai mengapa beliau suka berada bersama dengan legenda Arsenal, Thierry Henry.



Sembilan minggu selepas mengangkat Trofi Liga Perdana sebagai kapten Manchester City untuk kali ketiga, Kompany hanya perlu mengharungi dan memenangi dua lagi perlawanan bagi memenangi Piala Dunia FIFA 2018 bersama Belgium.

Dan tugas tersebut turut dibantu oleh salah seorang daripada hero ataupun pemain yang menjadi pujaan beliau, Thierry Henry yang merupakan penolong jurulatih pasukan Belgium.

Walaupun Belgium gagal melayakkan diri ke pentas final selepas tewas 1-0 kepada Perancis pagi tadi,  namun sebelum itu beliau telah mendedahkan mengapa beliau selesa dan gembira berada bersama Henry di skuad Belgium.


Tahun lalu, Kompany telah diminta untuk menamakan satu legenda Liga Perdana Inggeris yang mana beliau berminat untuk bermain bersama, beliau dengan pantas menamakan bekas penyerang Arsenal itu, Thierry Henry.

"Dia jaringkan tiga gol dan perlawanan berakhir," jelas beliau mengenai Henry.

"Ia menjadikannya lebih mudah buat pemain pertahanan dan dia merupakan salah seorang ikon Liga Perdana."

"Apabila dia bercakap mengenainya, anda boleh merasakan betapa bijaknya dia sebagai pemain."

"Berapa banyak helah yang diketahuinya, selain bakatnya dan kualitinya."

Anda boleh menonton video temuramah beliau disini atau melihat video dibawah.


Post a Comment

Previous Post Next Post