Kontrak baru Calum Chambers penamat kepada pencarian pertahanan baru.

Chambers menandatangani kontrak baru bersama Arsenal yang mengekalkan beliau sehingga 2022. Kredit foto : Calum Chambers 

Dalam kita teruja dengan rumors perpindahan menjelang persiapan skuad bagi mengharungi musim baru (2018/19), kita turut dikejutkan dengan berita Chambers diberikan kontrak baru pada 2 Julai lalu.


Sebelum ini beliau telah menandatangani pembaharuan (ataupun penyambungan dua tahun) kontrak baru pada Oktober 2017.

Pembaruan kontrak tersebut menyaksikan beliau bakal kekal bersama Arsenal sehingga tahun 2021, namun berita mengejutkan kita dimana beliau telah diberikan tawaran kontrak baru yang mana kontrak terdahulu masih lagi 'valid' serta masih lagi jauh untuk mengakhiri tarikh luput.

Dapat difahami mengapa pada ketika itu (penawaran pembaharuan kontrak pada 2017) dilakukan kerana ianya dilihat sebagai langkah berjaga-jaga Arsenal dalam 'melindungi' pelaburan terhadap pemain tersebut.

Kontrak Chamber pada ketika itu (2017) hanya  berbaki 18 bulan sahaja lagi sebelum berakhir, dan sudah pasti Arsenal tidak mahu kehilangan pemain tersebut secara percuma pada musim berikutnya.

Serta mungkin Arsenal berhajat mengekalkan beliau untuk menaikkan nilai pemain tersebut sebelum melepaskan beliau (jual).

Namun prestasi beliau semenjak menandatangani pembaharuan kontrak tersebut juga menimbulkan persoalan.

Beliau hanya membuat 12 penampilan liga sahaja selepas menandatangani kontrak pembaharuan tersebut dan ini juga mungkin disebabkan faktor kecergasan beliau yang mengalami kecederaan sebelum itu (penghujung bulan September 2017).

Dikala kita (sebahagian) mempertikaikan aksi beliau, terutama pada aksi-aksi terakhir liga, penulis tidak merasakan beliau terlalu teruk (beraksi) malahan aksi beliau masih mampu mendapat pujian.

Beliau baru berusia 23 tahun dan masih mempunyai perjalanan yang jauh untuk diharungi, seterusnya dalam membentuk karier bolasepak beliau.

Emery memandang tinggi kebolehan dan bakat yang ada pada Chambers ketika mengulas mengenai pembaharuan kontrak diberikan kepada pemain muda Arsenal ini.

Chambers dibawa masuk dengan nilai perpindahan yang dianggarkan mencecah £16 juta pada tahun 2014 dan pada ketika beliau berusia 19 tahun dari Southampton.

Dengan Emery mempercayai kebolehan dan bakat yang ada pada Chambers, sudah pasti kita juga teruja untuk melihat hasil yang bakal dilakukan oleh Emery terhadap pemain ini.

Adakah Chambers mampu mencabar Mustafi ataupun Sokratis serta Koscielny?

Jika Emery benar-benar yakin akan keupayaan dimiliki Chambers, penulis merasakan bahawa kisah pencarian pemain pertahanan baru bakal ditamatkan ketika ini setelah berjaya membawa masuk dua pemain pertahanan Stephan Lichtsteiner (pertahanan kanan) dan Sokratis Papastathopoulos (pertahanan tengah).

Kemungkinan rumors mengenai Arsenal berminat untuk membawa masuk Caglar Soyuncu ataupun Benjamin Pavard hanya akan berlaku sekiranya Arsenal melepaskan pemain pertahanan sedia ada sekarang.

Pun begitu, laporan sebelum ini mengatakan bahawa Mislintat berminat untuk membawa Caglar Soyuncu menyertai Arsenal musim ini (Pemain Pertahanan Yang Ingin di Bawa Masuk Mislintat).


Penulis juga tertarik untuk melihat bagaimana Emery mampu membentuk dan membina seorang lagi pemain pertahanan muda berbakat Arsenal iaitu Rob Holding.

Kesempulan (pendapat peribadi penulis), kisah pencarian pertahanan baru Arsenal ini boleh dikatakan telah berakhir dan Arsenal hanya perlu mencari pemain tengah bagi memperkukuhkan dan memperkuatkan skuad dan mungkin keutamaan kepada Lucas Torreira.

Post a Comment

Previous Post Next Post