Media Sepanyol tidak berpuas hati dengan Arsenal.

Media Sepanyol, Marca nyata tidak puas dengan keupayaan kelab Liga Perdana Inggeris untuk berbelanja besar dan membayar gaji yang lebih baik untuk menandatangani pemain.



Mereka menyifatkan kelab Inggeris telah memusnahkan pasaran perpindahan pemain dan mengatakan bahawa jurulatih dan pengarah bolasepak kelab di luar Liga Perdana tidak puas hati keadaan semasa yang melanda aktiviti perpindahan pemain.

Menurut Marca, pengendali pasukan luar dari Liga Perdana Inggeris tidak berpuas hati kerana kelab-kelab Inggeris terutamanya kelab besar mempunyai kelebihan untuk mengalahkan pesaing lain dengan membayar pakej (gaji) yang lebih baik.

Marca sebagaimana dipetik daripada Sport Witness, mengatakan situasi semasa melibatkan perpindahan pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira sebagai contoh terbaik. 

Torreira dikatakan menjadi sasaran perpindahan melibatkan pasukan Arsenal dan Napoli pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ia mendakwa pihak Napoli, Carlo Ancelotti ingin 'melengkap' perjanjian untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Uruguay, yang terlibat pada aksi peringkat suku akhir menentang Perancis.



Manakala pengendali baharu Arsenal, Unai Emery juga meminati pemain tersebut dan bakal mendapatkan tandatangan pemain daripada Amerika Selatan itu.

Menurut laporan itu, pihak Napoli dikatakan telah membuat tawaran kepada Torreira namun mereka tidak menyebutkan jumlah gaji yang ditawarkan kepada pemain tersebut.

Mereka hanya mengatakan bahawa Arsenal telah menawarkan €2 juta (£1.7juta), lebih banyak daripada apa yang ditawarkan Napoli kepada pemain tersebut untuk gaji tahunan bagi meyakinkan pemain berusia 22 tahun itu menyertai The Gunners pada musim panas ini.

Arsenal dilaporkan bakal melengkapkan perpindahan Torreira yang berjumlah £26.4 juta daripada Sampdoria selepas pemain tersebut tiba di London semalam untuk menjalani ujian perubatan.

Tindakan Marca yang menyifatkan kelab Inggeris telah merosakan pasaran perpindahan mungkin tidak adil, terutamanya Arsenal. 

Arsenal dari era Arsene Wenger lagi tidak akan berbelanja secara mewah apatah lagi membuat tawaran yang mampu merosakan pasaran perpindahan pemain.

Dan boleh dikatakan bukanlah kelab-kelab dari England yang menaikkan pasaran dengan bayaran perpindahan mengarut.

Perpindahan Neymar, Mbappe dan Coutinho jelas membuktikan bahawa kelab dari liga manakah yang merosakan pasaran perpindahan pemain.

Post a Comment

Previous Post Next Post