Mampukah lagenda Arsenal, Thierry Henry mencipta sejarah?


Thierry Henry pernah memenangi Piala Dunia bersama pasukan Perancis selaku pemain pada edisi 1998.


Beliau ketika ini merupakan sebahagian daripada ahli pasukan Belgium selaku pembantu kepada Roberto Martínez dan juga Graeme Jones.

Belgium bakal berdepan Perancis awal pagi esok pada peringkat separuh akhir dalam usaha mereka mencipta sejarah buat kali pertama layak beraksi dipentas final Piala Dunia dan mampukah Henry membantu Belgium menewaskan pasukan negara beliau sendiri pagi esok?

Fakta Menarik Mengenai Henry dan Piala Dunia.

➧ Beliau hanya berusia 20 tahun ketika membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998.

➧Beliau merupakan penjaring terbanyak skuad Perancis pada kejohanan tersebut dengan menjaringkan tiga gol.

➧ Piala Dunia 2002 merupakan detik hitam buat beliau dimana beliau dilayangkan kad merah ketika menentang Uruguay pada minit ke-25 (perlawanan kedua peringkat kumpulan).

➧ Perlawanan pertama Perancis pada kejohanan Piala Dunia 2002 menyaksikan kekecewaan buat beliau apabila Perancis tewas 1-0 kepada Senegal.

➧ Kejohanan Piala Dunia 2002 juga merupakan detik hitam buat Henry dimana Perancis gagal menjaringkan sebarang gol diperingkat kumpulan selain menamatkan ditangga tercorot kumpulan.

➧ Piala Dunia 2006 Henry berjaya menjaringkan tiga gol (keseluruhan) dan berjaya membantu Perancis ke perlawanan akhir namun gagal mengulangi kejayaan 1998 apabila tewas kepada Itali  diperlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

➧ Kejohanan Piala Dunia 2010 merupakan kejohanan terakhir Henry selaku pemain dan beliau hanya membuat 53 minit sahaja penampilan pada edisi tersebut.

➧ Perancis juga mencetuskan kontroversi pada kejohanan tersebut apabila skuad pemain Perancis bertengkaran dengan jurulatih mereka, Raymond Domenech.

➧ Perancis menamatkan saingan Piala Dunia 2010 diperingkat kumpulan dengan sekali lagi menduduki tangga tercorot kumpulan.

➧ "I could have been the older brother but I wasn't any more. I felt isolated, it doesn't matter who by. They didn't talk to me as they used to. Before they talked to me more. But when you don't have credibility in a group any more it becomes difficult. I felt isolated and at a certain point your pride takes a hit." luahan Henry mengenai pengalaman beliau ketika Piala Dunia 2010.

➧ Selepas mengumumkan persaraan pada tahun 2014 selaku pemain, beliau kembali ke pentas antarabangsa namun kali ini selaku staf kejurulatihan bersama Belgium. Jika dahulu beliau 'biru' kini beliau menjadi 'merah'.

Mampukah beliau membantu Belgium mencipta sejarah buat pertama kali layak ke pentas final Piala Dunia?

5 Jaringan Terbaik Henry di pentas Piala Dunia.

Post a Comment

Previous Post Next Post