Rumors perpindahan: Arsenal dan Barcelona dikaitkan dengan perjanjian pertukaran yang mengejutkan

Dengan kurang dari dua minggu lagi, jendela perpindahan musim panas ini akan menutup tirai, Arsenal dan Barcelona dikatakan bakal melakukan pertukaran pemain menurut laporan.



Menurut laporan Fox Sport, Aaron Ramsey akan digunakan dalam perjanjian pertukaran untuk membawa masuk Ousmane Dembele ke Arsenal.

Rundingan pembaharuan kontrak Ramsey bersama Arsenal setakat ini masih menemui jalan buntu dan beliau bakal berada ditahun terakhir kontrak bersama The Gunner musim depan (2018/19).

Situasi ini menguatkan lagu khabar angin ini selain kemasukan Malcom ke Barcelona bakal menyukarkan peluang buat Dembele beraksi bersama skuad tersebut.

Namun menjadi persoalan adakah Barcelona sanggup kehilangan Dembele dengan hanya pertukaran pemain bersama Arsenal?


Pun begitu menurut laporan Arsenal Fans TV, Barcelona dikatakan mahu pertukaran dilakukan dengan penambahan wang perpindahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post