Surat Terbuka Mesut Ozil.

Ozil bersara daripada wakil Jerman diperingkat antarabangsa. Kredit foto: Gool FM

Mesut Ozil umumkan persaraan dari arena bolasepak antarabangsa selepas mengalami penderaan rasis.



Pemain tengah Jerman dan Arsenal ini pernah bergambar bersama presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Gambar yang mencetuskan kontroversi Ozil dan skuad kebangsaan Jerman. Kredit foto : www.rte.ie
Pemain tengah Jerman, Mesut Ozil mengumumkan persaraannya dari arena bolasepak antarabangsa dengan serta-merta melalui kenyataan yang dikeluarkan beliau pada laman rasmi sosial miliknya (Facebook dan Twitter).

Ozil mendakwa bahawa beliau menjadi mangsa isu perkauman sejak gambar beliau bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tersebar menjelang Kejohanan Piala Dunia 2018.

Melalui kenyataan beliau sebagaimana dipetik dari laman Twitter beliau:

"Layanan yang saya terima daripada DFB dan yang lain membuatkan saya tidak akan menyarung jersi kebangsaan Jerman."
"Saya rasa tidak diingini dan berfikir bahawa apa yang telah saya capai sejak debut antarabangsa saya pada tahun 2009 telah dilupakan."

"Dengan hati yang berat dan selepas mempertimbangkan dengan mendalam ekoran peristiwa baru-baru ini, saya tidak akan lagi bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa kerana saya merasai isu perkauman dan tidak menghormati."

"Saya pernah menyarung jersi kebangsaan Jerman dengan penuh kebanggaan dan keseronokan namun tidak lagi sekarang."

"Keputusan ini sangat sukar dibuat kerana saya selalu memberikan segala-galanya untuk rakan sepasukan saya, kakitangan kejurulatihan dan demi rakyat Jerman."

"Tetapi apabila pegawai DFB berpangkat tinggi melayan saya sebagaimana mereka telah lakukan, tidak menghormati asal usul saya (Turki) dan serta mempergunakan saya demi kepentingan dan propaganda politik, maka cukuplah disini."

"Itu bukanlah sebab mengapa saya bermain bolasepak, dan saya tidak akan duduk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. Racism - perkauman tidak boleh diterima dan diamalkan. "

Antara pemain lain yang bergambar bersama Presiden Turki.
Sebelum kenyataan persaraan daripada skuad kebangsaan Jerman, Ozil turut memuat naik status berikut:



Post a Comment

Previous Post Next Post