Thomas Tuchel sindir Arsenal selepas kekalahan dalam perlawanan persahabatan.

Thomas Tuchel sindir Arsenal selepas kekalahan dalam perlawanan persahabatan. Kredit foto: Metro

Thomas Tuchel melawak dengan menyindir Arsenal selepas pasukan beliau tewas 1-5 kepada Arsenal dalam perlawanan persahatan di Singapura.

Tanpa bintang Piala Dunia, Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan Neymar, skuad bimbingan Tuchel teruk dibedil Arsenal yang tampil dengan hampir kekuatan penuh di Singapura.

Arsenal berjaya menewaskan PSG 5-1. Kredit foto: Evening Standard
Mesut Ozil, menjadi kapten Arsenal untuk perlawanan tersebut berjaya memimpin Arsenal pada separuh masa untuk meletakkan Arsenal didepan sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.

Walaupun penalti yang disempurnakan oleh Christopher Nkunku dilihat seakan mampu menyaingi kehebatan Arsenal, namun The Gunners menambah derita PSG melalui jaringan yang dihasilkan oleh Alexandre Lacazette (2 gol) dan Eddie Nketiah serta Rob Holding pada separuh masa kedua perlawanan untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan Arsenal 5-1 PSG .


Apabila ditanya sama ada beliau fikir PSG terlepas senarai pemain kelas A mereka, Tuchel pantas menjawab:  'Ya, jelas.! Saya rasa mereka (Arsenal) bermain di Liga Europa musim ini, kan?'

Arsenal musim depan bakal beraksi sekali lagi (untuk dua musim berturut-turut) dalam saingan Liga Europa setelah menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris ditangga keenam musim lalu.

Kredit dan sumber: Metro.

Post a Comment

Previous Post Next Post