Perlukah Juventus jual pemain setelah dapatkan Ronaldo?

Menurut pakar, Juventus tidak perlu menjual mana-mana pemain walaupun telah berbelanja besar.


Juventus tidak perlu menjual Gonzalo Higuain walaupun kelab tersebut telah menandatangani Cristiano Ronaldo dengan nilai perpindahan sebanyak £105 juta, menurut pakar kewangan bolasepak Fausto Zanetton.
Fausto Zanetton, pakar kewangan bolasepak. Kredit foto: City AM

Ronaldo telah selamat diumumkan sebagai pemain Juventus selepas bersetuju untuk menyertai gergasi Serie A dari Real Madrid.

Ramai percaya Juve akan menjual beberapa pemain mereka untuk mematuhi Financial Fair Play (FFP) berikutan pembelian Ronaldo.

Antara pemain yang dikatakan bakal dijual Juve adalah Higuain yang mana ianya begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.
Juventus tidak perlu menjual Higuan bagi mematuhi FFP.

Ini berikutan bekas pengurus yang pernah membimbing beliau ketika di Napoli, Maurizio Sarri telah dilantik menjadi pengendali baharu Chelsea.

Namun Zanetton tidak fikir Juventus perlu menjual penyerang itu setelah beberapa pemain Juventus tidak lagi bersama mereka dan kelab tersebut dapat melakukan penjimatan dari segi pembayaran gaji.

Salah seorang daripada mereka adalah Stephan Lichtsteiner, yang meninggalkan Juventus secara percuma untuk menyertai Arsenal menjelang kejohanan Piala Dunia di Rusia.

"Juventus sangat baik dalam pengurusan skuad," kata Zanetton kepada Sky Sports News.

"Mereka telah melepaskan Gianluigi Buffon, Lichtsteiner ke Arsenal, (Kwadwo) Asamoah ke Inter Milan."

"Mereka adalah antara pemain yang menerima gaji tertinggi dan itu menjimatkan perbelanjaan mereka."

"Menurut pengiraan kami, mereka tidak perlu menjual Higuain untuk melakukan itu (mematuhi FFP)."

"Mereka mungkin melakukannya jika ia bagus untuk mereka."

"Mereka tidak akan menjualnya dengan murah, itu pasti."

Post a Comment

Previous Post Next Post