🎥 : Pra musim - Boreham Wood vs Arsenal

Arsenal memulakan aksi pra musim dengan berkunjung ke Meadow Park, menentang Boreham Wood kelab  dimana mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama pada tahun lalu.



Perjanjian tersebut menyaksikan mereka bakal berkerjasama untuk tempoh 10 tahun dan anda boleh membacanya disini.

Pada perlawanan tersebut, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan hatrik ketika Unai Emery menyaksikan barisan kendalian beliau buat pertama kalinya beraksi pada perlawanan persahabatan pra musim yang berkesudahan Arsenal menang 8-0.

Barisan kesebelasan utama Arsenal pada separuh masa pertama menentang Boreham Wood.
Aubameyang berjaya meledakkan gol sebanyak tiga kali dalam masa 17 minit setelah perlawanan dimulakan iaitu pada  minit ke-7, ke-9 dan minit ke-17 di Meadow Park sebelum gol-gol daripada Reiss Nelson, minit ke-35 dan Alexandre Lacazette pada minit ke-39 memberikan kelebihan separuh masa yang menarik dengan mendahului 5-0.

Bersambung ke babak kedua perlawanan, Arsenal melakukan pertukaran kesemua pemain dengan memasukan 11 pemain baru.

Kesebelasan Arsenal pada separuh masa kedua.
Eddie Nketiah menjaringkan gol keenam Asenal hanya lapan minit selepas babak kedua perlawanan dimulakan dan gol seterusnya daripada Jeff Reine-Adelaide, minit ke71 dan Henrikh Mkhitaryan pda minit ke-79 untuk melengkapkan kemenangan menyakinan pada debut Emery bersama Arsenal.

Selain dapat menguji taktikal yang diserapkan Emery kepada pasukan, pengendali baharu Arsenal itu turut dapat menguji hampir kesemua pemain Arsenal dalam proses perkenalan dan mengenali pemain-pemain beliau.

Disamping itu, beliau turut menguji pemain yang baru dibawa masuk Sokratis Papastathopoulos pada separuh masa pertama perlawanan dan juga  Matteo Guendouzi pada minit ke-76 menggantikan Reine-Adelaide pada babak kedua perlawanan.

Beberapa pemain muda juga diuji Emery pada perlawanan tersebut termasuklah Emile Smith Rowe yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang selain Ainsley Maitland-Niles, Reiss Nelson dan Eddy Nketiah turut berjaya mencuri perhatian.

Matteo Guendouzi turut diuji Emery pada perlawanan persahabatan ini.


Highlights perlawanan.


Post a Comment

Previous Post Next Post