Gomes sedia sertai kelab Liga Inggeris namun masih menunggu tawaran.

Mahu ke Tottenham namun tiada tawaran daripada kelab tersebut, Arsenal dikatakan berminat namun masih belum membuat tawaran.


Semalam kami melaporkan masa depan Andre Gomes bersama Barcelona mencetuskan tanda tanya ekoran tidak disenaraikan serta tidak dibawa menyertai skuad tersebut ke Amerika Syarikat bagi sesi jelajah pra musim 2018/19.

Hari ini berita mengenai perpindahan pemain ini semakin menarik.

Jika laporan sebelum ini berdasarkan Sport, mereka mengatakan bahawa Juventus dan Arsenal mempunyai peluang untuk menandatangani pemain tersebut.

Namun situasi dan perkembangan mengenai pemain ini menurut media Sepanyol, Mundo Deportivo pada 14 Julai mendakwa destinasi ideal untuk pemain berusia 24 tahun itu adalah Tottenham Hotspur.

Dia dilaporkan berada dalam radar kelab Utara London pada musim panas lalu dan pemain antarabangsa Portugal itu masih berharap dia dapat menghidupkan semula minat mereka (Tottenham).

Gomes juga dikatakan tidak sabar untuk bermain di bawah Mauricio Pochettino kerana dia percaya gaya bermainnya 'sangat sesuai' untuknya.

Dia juga yakin bahawa perpindahan ke Tottenham akan membantu dia mendapatkan semula (mengembalikan) pretasi terbaiknya.

Petikan laporan Mundo Deportivo
Sekiranya bekas pemain Valencia itu gagal mendapatkan perpindahannya ke Tottenham, dia bersedia untuk menyertai kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris menurut laporan, Sport.

Gomes berpisah dengan Jorge Mendes dan melantik Paul Martin sebagai ejen barunya dan ejen terbarunya itu biasanya bekerja dengan kelab-kelab Inggeris.



Dan itu juga mungkin membuatkan fikiran Gomes pada ketika ini hanya memikirkan perpindahan ke Liga Inggeris dan bersedia untuk menyertai mana-mana kelab Inggeris pada jendela perpindahan ini.

Manakala media Catalan, Mundo Deportivo juga menyebut pemain antarabangsa Portugal itu mahu menyertai kelab lain di Liga Perdana Inggeris jika pihak Mauricio Pochettino memutuskan untuk tidak menandatanganinya di jendela perpindahan musim panas ini.

Begitu juga dengan akhbar Sepanyol, AS yang turut mendakwa bahawa Arsenal juga berminat dengan Gomes, khabar angin yang telah diperkatakan dalam beberapa minggu ini.

The Gunners melantik Unai Emery sebagai pengendali baharu pada awal musim panas ini dan beliau dikatakan telah menjadi 'penasihat - konsultasi' untuk pemain tengah itu.

Bagaimanapun dalam perkembangan setakat ini, Arsenal dilaporkan masih belum membuat sebarang tawaran kepada Barcelona untuk mendapatkan bekas pemain Valencia itu.

Gomes bergelut untuk merebut tempat bersama Barcelona semenjak menyertai kelab tersebut pada 2016 dan Ernesto Valverede dilaporkan mahu melepaskannya.


Emery dalam proses membina semula skuad Arsenal bagi menghadapi saingan musim depan dan menurut dakwaan itu, beliau percaya Gomes adalah seorang pemain yang sesuai dengan profil yang betul, baik dari segi fizikal dan teknikal untuk pasukan Arsenal.

Situasi berdasarkan laporan tersebut, Gomes mahu menyertai Tottenham berdasarkan laporan Sport, tetapi Tottenham dikatakan tidak berminat untuk mendapatkan pemain tersebut pada musim panas ini.

Minat Spurs hanya pada musim panas lalu untuk mendapatkan beliau.

Manakala AS mendakwa Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan Gomes namun masih belum mengemukakan tawaran ke Barcelona.

Mundo Deportivo pula mengatakan Gomes sedia menyertai mana-mana kelab Inggeris pada musim panas ini jika Spurs tidak berminat untuk mendapatkan pemain tengah berusia 24 tahun itu.

Siapa Andre Gomes? Anda boleh membacanya disini.

Perlukah Arsenal mendapatkan Gomes setelah berjaya menandatangani Torreira dan pemain muda Perancis, Matteo Guendouzi.

Adakah Gomes mampu menggantikan Ramsey? Seandainya rundingan pembaharuan kontrak pemain kebangsaan Wales itu menemui jalan buntu?

Post a Comment

Previous Post Next Post