Qatar dedahkan Stadium Baru,Gambaran yang berkonsepkan Kopiah

Qatar yang menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Piala Dunia 2022 mendedahkan rancangan ataupun projek pembinaan stadium keenam bagi persedian kejohanan terulung bolasepak ini.


Stadium keenam yang bakal dibina ini diberi nama Al Thumama mampu menampung seramai 40,000 penonton dan menariknya ianya dibina berkonsepkan kopiah ataupun dikenali dengan 'gahfiya' oleh penduduk Qatar.

Stadium Al Thumama yang berkonsepkan kopiah ataupun 'gahfiya'.
Kredit gambar : Mogaz News
Kos pembinaan stadium ini dianggarkan bernilai sekitar £5 bilion dengan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada penonton sepanjang kejohanan tersebut diadakan.

Stadium Al Thumama ini terletak empat batu di selatan ibu negara Qatar, Doha, merupakan salah satu daripada tujuh stadium yang kini sedang dalam proses pembinaan bagi persedian Kejohanan Piala Dunia 2022.

Terdahulu, Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha telah pun siap dibina pada Mei tahun lalu (2017).

Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha. Kredit gambar : The Stadium Business
Stadium Antarabangsa Khalifa.Kredit gambar : SkyscraperCity
Stadium Al Thumama ini bakal menjadi gelanggang untuk perlawanan diperingkat kumpulan dan bakal digunakan sehingga ke peringkat suku akhir.

Manakala perlawanan akhir pula bakal dilangsung di sebuah lagi stadium yang masih dalam pembinaan, Stadium Lusail.

Gambaran Stadium Lusail. Kredit gambar : SkyscraperCity
Stadium Lusail pula mampu menempatkan seramai 86,000 orang dan bakal menjadi stadium perasmian kejohanan tersebut (Piala Dunia 2022).

Bagaimanapun, empat stadium lain iaitu Stadium Al Bayt, Stadium Al Rayyan, Stadium Al Wakrah dan Stadium Yayasan Qatar telah didedahkan konsep reka bentuk stadium tersebut sebelum ini dan dijangka siap dalam tempoh diantara tahun 2018 dan 2019.

Stadium Al Bayt. Kredit gambar: Al Bayt Stadium
Stadium Al Rayyan. Kredit gambar :Construction Week Online
Stadium Al Wakrah. Kredit gambar : Stadium Guide
Stadium Yayasan Qatar.Kredit gambar : Stadium Guide
Bagi menyelesaikan isu cuaca panas di Qatar, Stadium Al Thumama ini dilengkapi dengan sistem penyejukan berteknologi tinggi yang mampu menurunkan suhu di dalam stadium sehingga 18 darjah celsius.

Berikut adalah gambaran stadium Al Thumama.

Gambaran Stadium  Al Thumama.


“I am confident that, once completed, Al Thumama Stadium will become a favourite among the region’s sports fans and a sporting landmark that demonstrates to future generations just how unique the Qatar World Cup will be.” - .E. Hassan Al Thawadi, SC Secretary General.

Stadium Al Thumama ini direka oleh arkitek terkenal Qatar, Ibrahim M. Jaidah yang mana salah satu rekaan bangunan beliau ini terdapat pada not 100 riyal Qatar.

Bangunan Al-Shaqab Institute (kiri atas) merupakan hasil rekaan Syarikat Arkitek dan Engineer Ibrahim Jaidah. Kredit foto : Banknote Index

Video terkini progress pembinaan Stadium Al Thumama.

Dan stadium ini juga memenuhi piawaian bertaraf dunia selain kemudahan akses kepada orang kurang upaya dan sistem penyejukan untuk membolehkan kejohanan ini dijalankan dengan selesa kepada pemain dan juga penonton.

Kopiah. Sama tak? Adalah ciri-ciri kan.

Artikel ini telah dikemaskini pada 14 Julai 2018 dan sebelum ini diterbitkan pada Ogos 2017.

Post a Comment

Previous Post Next Post