Real Sociedad mahu dapatkan pertahanan Arsenal yang berada ditahun akhir kontrak

 Jokin Aperribay meletakkan Monreal sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan musim panas ini. Kredit foto: ExtraConfidencial

Real Sociedad merupakah salah sebuah kelab yang berminat untuk menandatangani pemain tengah Newcastle United, Mikel Merino. 



Bekas pemain Borussia Dortmund itu dijangka meninggalkan Magpies dan kembali ke Sepanyol pada musim panas ini.

Presiden kelab tersebut, Jokin Aperribay mengakui pihaknya fokus pada usaha untuk menyelesaikan dan melengkapkan perjanjian membawa masuk Merino. 

Menurut AS, pemain berusia 22 tahun itu bukanlah satu-satunya pemain Liga Perdana Inggeris yang menjadi sasaran Sociedad pada jendela perpindahan yang sedang berjalan ketika ini.

Merino bernaung dibawah kumpulan Bahia (syarikat ejen pemain), yang turut menguruskan pertahanan Arsenal, Nacho Monreal

Dan menurut laporan tersebut, pemain antarabangsa Sepanyol itu dikatakan menjadi sasaran Sociedad pada perpindahan ini dan mendakwa bahawa kelab Sepanyol itu telah melakukan hubungan pertama dengan ejen Monreal ketika membincangkan mengenai perpindahan pemain Newcastle.

Walaupun Pengarah Bolasepak Sociedad, Roberto Olabe menjadikan Monreal sebagai sasaran utama bagi pertahanan kiri kelab tersebut namun mereka sedar bahawa apa-apa pendekatan yang diusahakan mereka dalam menandatangani Monreal akan menjadi rumit.

Pun begitu mereka tetap yakin untuk cuba mendapatkan Monreal daripada Arsenal.

Kontrak Monreal bersama Arsenal bakal berakhir pada 30 Jun 2019.
Pertahanan kiri The Gunners itu kini sedang bercuti selepas pasukan Sepanyol tersingkir daripada Kejohanan Piala Dunia 2018. 

Monreal sebelum ini menjelaskan bahawa beliau tidak berniat meninggalkan kelab utara London dan mahu menghabiskan baki kontrak beliau bersama Arsenal.

Kontrak Monreal (32 tahun) masih berbaki setahun lagi bersama Arsenal dan beliau bakal meninggalkan Arsenal sebagai ejen bebas pada musim panas akan datang sekiranya tiada pembaharuan (penyambungan) dibuat oleh Arsenal.

Dan ini memberikan peluang terbaik buat Sociedad untuk memujuk Arsenal melepaskan Monreal kepada mereka pada jendela perpindahan ini.

Adakah Emery bakal melepaskan Monreal pada jendela perpindahan musim panas ini bagi mendapatkan suntikan dana perpindahan?

Ataupun adakah Arsenal bakal melepaskan Monreal secara percuma pada musim panas akan datang (2019)?

Monreal semenjak menyertai Arsenal pada 31 Januari 2013 telah membuat 212 penampilan dengan sembilan gol dan 13 bantuan gol berjaya direkodkan beliau untuk The Gunners.

Rekod Penampilan 2017/18
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan
Premier League 28 5 2
Europa League 7 1 -
EFL Cup 2 - -
Community Shield 1 - -
JUMLAH 38 6 2

Post a Comment

Previous Post Next Post