![]() |
Sokratis Papastathopoulos terima gaji tertinggi dalam sejarah. Kredit foto: Greece Reporter |
Sokratis Papastathopoulos telah melengkapkan perpindahan beliau dari Borussia Dortmund ke Arsenal pada hari semalam (2 Julai 2018) waktu dan tarikh UK.
Dan beliau kini merupakan pemain bolasepak Greece yang paling tinggi menerima gaji dalam bolasepak negara itu menurut laporan.
Menurut Greece Reporter, media Greece itu melaporkan dimana Sokratis yang baru menyertai Arsenal bakal memperolehi gaji sebanyak €19 juta (£ 16.81juta) selama tiga tahun di Arsenal.
Dan ianya juga mendedahkan dimana Sokratis telah menandatangani kontrak untuk tempoh tiga tahun walaupun pihak Arsenal tidak mendedahkan tempoh kontrak yang ditandatangani pemain tersebut.
Dengan €19 juta (£ 16.81juta) untuk tempoh tiga tahun bersama Arsenal, ini bermakna Sokratis menerima gaji sekitar £108,000 seminggu.
Menurut laporan, jumlah itu menjadikan Sokratis sebagai pemain bolasepak Greece yang paling tinggi menerima gaji dalam sejarah negara itu.
Sokratis Papastathopoulos, captain of Greece’s national team, became the highest-paid Greek football player after he signed a three-year contract with English side Arsenal for €19 million ($22 million).-- Protothema
Manakala nilai perpindahan Sokratis ke Arsenal (£17.75juta) juga mencatatkan nilai perpindahan tertinggi bagi pemain Greece dimana rekod perpindahan sebelum ini dipegang oleh Panagiotis Retsos, pemain pertahanan muda (19 tahun) yang menyertai Bayern Leverkusen dengan nilai perpindahan berjumlah £15.75 juta.
Walaupun kebanyakan pemain-pemain Greece banyak beraksi di Itali namun dari segi struktur (tangga) gaji pemain-pemain Serie A diketahui yang mana ianya tidaklah begitu mewah (tinggi) berbanding Liga Perdana Inggeris.
Dan untuk kelab seperti Arsenal, gaji berjumlah £100,000 seminggu itu dianggap wajar dan setara bagi pemain berpengalaman seperti Sokratis.
Sokratis bakal ditemani oleh seorang lagi pemain Greece yang terlebih dahulu menyertai Arsenal iaitu Konstantinos Mavropanos.
![]() |
Konstantinos Mavropanos menyertai Arsenal pada 4 Januari 2018. |