Arsenal dilaporkan mahu mendapatkan pemain Barcelona, Andre Gomes

Andre Gomes dikatakan menjadi sasaran Arsenal. Kredit foto : The Short Fuse

The Gunners dikatakan mahu mendapatkan pemain tengah Barcelona, Andre Gomes dengan Unai Emery sanggup menjual pemain bagi membiayai urusan perpindahan yang dianggarkan berlaku sekitar £30 juta.



Arsenal dan Unai Emery berminat dengan pemain Barcelona, Andre Gomes mengikut Gianluca di Marzio

Pemain tengah Portugal berusia 24 tahun itu gagal mendapat tempat bersama gergasi Catalan selepas menyertai kelab tersebut dari Valencia pada 2016. 

Beliau gagal menjaringkan sebarang gol dalam 31 penampilan musim lalu bagi kesemua kejohanan bersama Barcelona dan hanya merekodkan dua bantuan gol sahaja.

Rekod Penampilan 2017/18
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Kad Kuning Minit Beraksi
LaLiga 16 - - 1 628'
Champions League 9 - - 1 170'
Copa del Rey 5 - 1 1 315'
Supercopa 1 - - - 72'
Jumlah 31 - 1 3 1,185'

Dan menurut laporan Independent, Unai Emery mahu membawa Andre Gomes dari Barcelona ke Arsenal dan sedia untuk menjual pemain sedia ada Arsenal bagi membiayai yuran perpindahan membawa pemain tengah itu.

Walaupun pemain tengah itu gagal mendapat tempat  di Camp Nou, Emery dikatakan memandang tinggi dengan kualiti yang ada pada Gomes yang dianggap bersesuaian dengan taktikal dan corak yang bakal dipraktik beliau di Arsenal.

Baca: Falsafah dan Taktikal Bolasepak Unai Emery

Dengan peruntukan dana perpindahan Arsenal yang tidaklah begitu mewah (£50 - 70 juta), adalah mustahil untuk Emery mendapatkan pemain tersebut ketika ini setelah mendapatkan Stefan Lichtsteiner (percuma), Bernd Leno (£20 juta) dan Sokratis Papastathopoulos (£17.7 juta).

Serta Arsenal dikatakan bakal melengkapkan perpindahan keempat musim ini dengan menandatangani Lucas Torreira dari Sampdoria yang berjumlah £26 juta.

Jika Arsenal berjaya melengkapkan perpindahan Torreira, ini bermakna kelab telah membelanjakan sekitar £63.7 juta (secara kasar) dan ianya juga hampir menggunakan kesemua dana perpindahan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan Arsenal.

Barcelona dikatakan sedia melepaskan pemain tersebut dengan nilai perpindahan berjumlah £30 juta dan Emery dikatakan sanggup menjual pemain Arsenal bagi mendapatkan pemain tersebut.

Namun begitu, urusan perpindahan Arsenal kali ini (musim ini) merupakan musim pertama dikendalikan secara penuh oleh Mistlintat dan juga Sanllehi dengan dibantu Ivan Gazidis.

Dan mereka juga dikatakan cuba mengekalkan cara berbelanja yang diamalkan Arsenal sebelum ini.

Adakah langkah mendapatkan Gomes ini penting buat Emery?

Gomes merupakakan pemain tengah yang mampu beraksi pada pelbagai posisi mengikut sejarah penampilan beliau sebelum ini.


Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Central Midfield 127 14 16
Defensive Midfield 24 1 -
Left Midfield 18 - -
Right Midfield 6 2 -
Right-Back 4 - 1
Attacking Midfield 2 - -
Left Wing 1 - -

Posisi yang pernah Gomes diturunkan (diletakkan).
Pada 21 Julai 2016, Barcelona telah mencapai persetujuan dengan Valencia untuk perpindahan Gomes dengan bayaran € 35 juta, tambahan €20 juta bagi bonus yang tidak didedahkan menjadikan nilai keseluruhan perpindahan itu mencecah €55 juta (sekitar £49 juta).

Gomes, dua tahun lalu dianggap seorang pemain yang memiliki bakat besar namun beliau gagal menyinar bersama Barcelona.

Dan Emery dilaporkan berminat dengan potensi yang dimiliki Gomes dan berharap mampu mencungkil kebolehan dan bakat yang dimiliki pemain tersebut seandainya beliau mampu membawa Gomes menyertai Arsenal.

Menjadi persoalan adakah Emery juga diberi kuasa dalam mendapatkan pemain baru?

Post a Comment

Previous Post Next Post