Robert Pires 'risau' mengenai urusan pembelian pemain seterusnya Arsenal

Robert Pires dalam temuramah bersama Bwin. Kredit foto : Bwim

Pengendali Arsenal, Unai Emery tidak akan membuat pembelian tambahan pada jendela musim panas ini menurut legenda, Arsenal Robert Pires.



Arsenal setakat ini telah membawa lima muka baru pada jendela perpindahan musim panas ini yang mana ianya merupakan proses perpindahan pemain yang pertama buat Unai Emery selaku Ketua Jurulatih Arsenal.

Pemain pertama yang dibawa masuk untuk memperkukuhkan skuad kendalian Ketua Jurulatih kelahiran Sepanyol itu adalah ketibaan pemain pertahanan kanan berpengalaman, Stephan Lichtsteiner yang diperolehi secara percuma dari Juventus.

Kemudian, penjaga gol Bayer Leverkusen, Bernd Leno dan diikuti pertahanan tengah Borussia Dortmung, Sokratis sebelum kehadiran Lucas Torreira dan Matteo Guendouzi untuk melengkapkan lima pemain baru Arsenal musim depan (2018/19).

Pun begitu, Arsenal tetap dikaitkan dengan pemain tengah Sevilla dan Perancis, Steven Nzonzi serta beberapa pemain sayap lain.

Namun Pires percaya bahawa Emery ketika ini gembira dengan urusan yang dilakukan Arsenal setakat ini dalam membawa pemain baru untuk skuad kendalian beliau.

Dan lagenda Arsenal itu juga percaya bahawa pengendali baru itu juga tidak akan melakukan pembelian ataupun tidak akan menambah pemain lain ke dalam skuad Arsenal ketika ini.

Emery dikatakan gembira dengan barisan pemain yang beliau miliki ketika ini. Kredit gambar : Bwin
"Saya tidak fikir Arsenal akan menandatangani sesiapa lagi pada musim panas ini dan mereka gembira dengan skuad mereka sekarang," kata Pires kepada Sports Bwin.

"Mereka telah menandatangani empat atau lima pemain dan Unai Emery gembira dengan itu, terutama setelah menandatangani mereka pada awal musim panas."

"Arsenal juga telah berjaya mengekalkan Mesut Ozil, Pierre-Emerick Aubameyang, Henrikh Mkhitaryan dan Lacazette walaupun tidak beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan."

"Ia skuad yang sangat baik di atas kertas dan saya yakin musim ini."

Disamping itu juga, beliau berharap Arsenal mampu mengekalkan Ramsey selain mengharapkan Emery mampu membina prestasi cemerlang buat penyerang dan pemain sayap yang dipinggirkan, Lucas Perez.

Selain itu, Pires juga yakin mengenai kemampuan Ozil untuk menghadapi tekanan yang dihadapi pemain tersebut ketika ini dan mampu beraksi cemerlang dibawah kendalian Emery.

Dan bercakap mengenai bekas pengurus Arsenal, beliau tidak yakin bahawa Arsene Wenger akan kembali menjadi pengurus kepada mana-mana pasukan dalam masa terdekat ini.

Ini kerana beliau percaya Wenger memerlukan masa untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang diterima ketika ini lebih-lebih lagi Wenger telah menghabiskan tempoh 22 tahun bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post