"Saya suka Arsenal dan saya pasti akan membelinya" - Jutawan Afrika mahu penuhi harapan penyokong

Aliko Dangote. Kredit gambar : Business Day Media

Begitulah nada kenyakinan yang diluahkan oleh jutawan Afrika, Aliko Dangote mengenai perkembangan terkini beliau dalam minat untuk mengambil alih Arsenal.

Beliau merupakan antara jutaan peminat dan penyokong Arsenal yang memiliki cita-cita dan impian untuk menjadi pemilik kelab bolasepak Arsenal.

Namun beliau lebih berkemampuan berdasarkan dari sudut kewangan yang kukuh dimiliki beliau berbanding peminat dan penyokong Arsenal yang lain dalam merealisasikan cita-cita dan impian beliau itu untuk memiliki Arsenal.

Pun begitu cerita beliau mahu menjadi pemilik kelab bolasepak Arsenal bukanlah sesuatu yang baru, dua tahun lalu beliau pernah meluahkan hasrat untuk membeli Arsenal.


Dan beliau mengatakan bahawa ianya mengambil masa dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun untuk melakukannya itu.

Namun dalam perkembangan terkini, beliau sekali lagi meluahkan hasrat yang sama ketika ditanya oleh pihak media setelah khabar angin yang mengatakan pemegang saham kedua terbesar Arsenal, Alisher Usmanov dilaporkan mahu menjual pegangan saham beliau itu.

Beliau bukan hanya mahu membelinya, malahan beliau yakin beliau akan melakukannya.

Ungkapan penuh yakin di buat oleh seorang yang dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah $12.2 billion mengikut laporan Forbes yang dikeluarkan pada Januari 2018.

Menurut laporan media Perancis, Le Nouvel Économiste yang dikatakan telah menghantar seorang wartawan ke Nigeria untuk bercakap sendiri dengan Dangote dalam satu temubual khas.

Wartawan tersebut terpaksa mengambil masa yang lama sebelum berjaya berbicara mengenai Arsenal.

Sebelum itu, wartawan tersebut terpaksa melayani cerita mengenai bisness yang dilakukan oleh jutawan Nigeria itu.

Walaupun Dangote teruja untuk menceritakan mengenai urusniaga besar beliau, namun ianya bukanlah sesuatu yang menarik untuk dibaca ataupun diketahui oleh peminat dan penyokong Arsenal melainkan usaha beliau untuk mengambil alih Arsenal.

Le Nouvel Économiste menjelaskan bahawa Dangote jauh lebih fokus ketika berbicara mengenai bolasepak.

"Saya suka Arsenal dan saya pasti akan membelinya. Saya akan campur tangan dengan memberi nasihat saya. Apabila saya membelinya, saya akan menyesuaikannya dengan harapan para penyokong kami. "

Petikan laporan Le Nouvel Économiste
“I love Arsenal and I will definitely buy it. I will intervene by giving my advice. When I buy it, I will adapt it to the expectations of our supporters. But when I’m done with those worries, I’ll tackle football.”

Namun persoalan sama tetap bermain diminda penulis, jika Usmanov yang telah memiliki 30 peratus saham Arsenal tetap gagal menjadi pemegang saham terbesar setelah pelbagai usaha dilakukan beliau.

Adakah Dangote akan berjaya? Atau beliau sekadar berjaya memiliki saham milik Usmanov sahaja.

Dan jika demikian, adakah beliau bakal berada didalam barisan Ahli Lembaga Pengurusan Arsenal?

Untuk rekod, Usmanov tidak berada didalam senarai pihak pengurusan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post