Sebelum Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada 26 tahun lalu ataupun pada tahun 1992 (20 Februari), liga tertinggi bolasepak Inggeris ini dikenali dengan Division Satu Liga Bolasepak -Football League First Division.
Leeds United merupakan pasukan terakhir yang memenangi Football League First Division iaitu pada musim 1991/92 manakala Sunderland pula merupakan pasukan pertama yang menjuarai liga ini iaitu pada musim pertama penubuhan ataupun kewujudannya pada musim 1892–93.
![]() |
Leeds United meraikan kemenangan Divisyen Pertama pada tahun 1992. Kredit Foto :inews.co.uk |
![]() |
Trofi Football League First Division yang digunakan pada tahun 1891 sehingga tahun 1992. Trofi ini juga dikenali sebagai 'The Lady' kerana patung yang menghiasi bahagian atas trofi ini. Kredit foto : The National Football Museum |
Semenjak diperkenalkan kira-kira 26 tahun lalu (20 Februari 1992), Liga Perdana Inggeris telah mencipta pelbagai rekod dan dominasi pasukan dalam memburu kejohanan tertinggi bolasepak Inggeris sehinggakan gelaran BIG FOUR mewarnai liga ini pada musim (bermula) 2001/02.
Sebelum gelaran BIG FOUR diwujudkan ataupun gelaran ini diberikan kepada empat pasukan yang begitu mendominasi liga, dominasi kejuaraan Liga Perdana ini dikuasai oleh pasukan Manchester United dengan Arsenal mula menjadi pencabar bermula musim 1996/97 kepada pasukan itu setelah Blackburn Rover tidak lagi mampu memberikan saingan bagi mencabar kejuaraan liga.
Bagaimanapun Blackburn pernah menjuarai liga pada musim 1994/95 sebelum Manchester United kembali menjadi juara setelah memenanginya dua musim terdahulu (semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan).
Rekod EMPAT TERATAS LIGA 1992/93 SEHINGGA 1999/2000
Musim | Juara | N.Juara | Ketiga | Keempat |
---|---|---|---|---|
1992–93 | Manchester United | Aston Villa | Norwich City | Blackburn Rovers |
1993–94 | Manchester United | Blackburn Rovers | Newcastle United | Arsenal |
1994–95 | Blackburn Rovers | Manchester United | Nottingham Forest | Liverpool |
1995–96 | Manchester United | Newcastle United | Liverpool | Aston Villa |
1996–97 | Manchester United | Newcastle United | Arsenal | Liverpool |
1997–98 | Arsenal | Manchester United | Liverpool | Chelsea |
1998–99 | Manchester United | Arsenal | Chelsea | Leeds United |
1999–2000 | Manchester United | Arsenal | Leeds United | Liverpool |
Daripada lapan musim itu, Arsenal berada lima kali dikalangan empat pasukan teratas dengan Manchester United dilihat begitu unggul apabila enam kali muncul selaku Juara Liga dan lapan kali menempatkan diri dikalangan empat pasukan teratas liga.
Namun ketika era ini, gelaran TOP FOUR ataupun BIG FOUR masih belum diwujudkan lagi dan gelaran tersebut hanya mula diperkenalkan ataupun diberikan gelaran bermulanya era millennium baru iaitu bermula musim 2000/01.
Dan gelaran ini diwujudkan setelah menyaksikan empat pasukan ataupun kelab yang begitu mendominasi liga pada pertengahan era 2000an dalam Liga Perdana Inggeris yang kemudiannya dikenali ataupun dirujukan sebagai gelaran BIG FOUR.
Dominasi empat pasukan yang dikenali dengan BIG FOUR ini menyebabkan bekas pengendali Manchester City yang juga merupakan bekas pengurus England, Kevin Keegan menyifatkan dominasi empat pasukan ini bakal merosakkan liga.
- Kevin Keegan."This league is in danger of becoming one of the most boring but great leagues in the world. The top four next year will be the same top four as this year."
Empat pasukan yang begitu mendominasi liga adalah pada era ini adalah Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United.
ERA KEGEMILANGAN 'BIG FOUR'
MUSIM | ARSENAL | CHELSEA | LIVERPOOL | MANCHESTER UNITED |
---|---|---|---|---|
2000–01 | 2 | 6 | 3 | 1 |
2001–02 | 1 | 6 | 2 | 3 |
2002–03 | 2 | 4 | 5 | 1 |
2003–04 | 1 | 2 | 4 | 3 |
2004–05 | 2 | 1 | 5 | 3 |
2005–06 | 4 | 1 | 3 | 2 |
2006–07 | 4 | 2 | 3 | 1 |
2007–08 | 3 | 2 | 4 | 1 |
2008–09 | 4 | 3 | 2 | 1 |
2009–10 | 3 | 1 | 7 | 2 |
Top four | 10 | 8 | 7 | 10 |
*Nombor merujuk kepada kedudukan akhir pasukan pada penghujung liga (tamat saingan).
Dikalangan BIG FOUR ini, hanya Liverpool yang tidak pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris namun mereka berjaya mencipta kejutan dimana menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim 2004/05.
Musim | Juara | N.Juara | Ketiga | Keempat |
---|---|---|---|---|
2000-01 | Man. United | Arsenal | Liverpool | Leeds |
2001-02 | Arsenal | Liverpool | Man. United | Newcastle |
2002-03 | Man. United | Arsenal | Newcastle | Chelsea |
2003-04 | Arsenal | Chelsea | Man. United | Liverpool |
2004-05 | Chelsea | Arsenal | Man. United | Everton |
2005-06 | Chelsea | Man.United | Liverpool | Arsenal |
2006-07 | Man. United | Chelsea | Liverpool | Arsenal |
2007-08 | Man. United | Chelsea | Arsenal | Liverpool |
2008-09 | Man. United | Liverpool | Chelsea | Arsenal |
2009-10 | Chelsea | Man.United | Arsenal | Tottenham |
Namun dikalangan empat pasukan ini (BIG FOUR) yang pernah beraksi di peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah, hanya Arsenal sahaja merupakan satu-satunya pasukan yang gagal memenangi gelaran tersebut (juara UCL) apabila tewas kepada Barcelona pada musim 2005/06.
Dominasi keempat-empat pasukan ini cukup berbisa pada era tersebut dengan menyaksikan Manchester United muncul juara liga (EPL) sebanyak lima kali, Chelsea tiga kali dan Arsenal dua kali.
![]() |
Sir Alex Ferguson bersama trofi Kejuaraan Liga Perdana 1992/93 yang merupakan kali pertama trofi dan Liga Perdana Inggeris diperkenalkan. Kredit foto : Daily Mail |
Selain penguasaan dalam perebutan kejuaraan Liga EPL, kuasa BIG FOUR ini juga sukar untuk digugat dalam peluang beraksi di UCL apabila hanya empat kali buat pasukan lain (selain Big Four) yang berjaya memperolehi slot kelayakan serta layak beraksi pada saing UCL iaitu Newcastle United (2001-02 dan 2002-03), Everton (2004-05) dan Tottenham Hotspur (2009-10).
KEJUARAAN YANG DIMILIKI
MUSIM | Liga | FA | EFL | UCL | TOTAL |
---|---|---|---|---|---|
Arsenal | 2001–02 2003–04 |
2001–02 2002–03 2004–05 |
- | - | 5 |
Chelsea | 2004–05 2005–06 |
2006–07 2008–09 2009–10 |
2004-05 2006-07 |
- | 7 |
Liverpool | - | 2005–06 | 2000-01 2002-03 |
2004–05 | 4 |
Man United | 2000–01 2002–03 2006–07 2007–08 2008–09 |
2003–04 | 2005-06 2008-09 2009-10 |
2007–08 | 10 |
Penghujung era 2000an menyaksikan Tottenham berjaya memecah dominasi BIG FOUR apabila pada musim 2009/10 mereka menamatkan saingan ditangga ke-4 liga.
Dan bermula musim berikutnya dominasi BIG FOUR mula menjadi BIG SIX apabila Manchester City turut menempatkan diri secara tetap bersama Tottenham dalam kedudukan enam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.
Maka bermula era KUASA BIG SIX Liga Perdana Inggeris (klik untuk membaca BIG SIX).
Sumber Rujukan : Premier League, The National Football Museum,Maka bermula era KUASA BIG SIX Liga Perdana Inggeris (klik untuk membaca BIG SIX).