Kemunculan 'Enam Kuasa Besar' Liga Perdana Inggeris.

Selepas tahun ataupun musim 2009/10, Liga Perdana Inggeris menyaksikan perubahan pada kuasa besar dalam saingan liga.



Kebangkitan Tottenham Hotspur dan Manchester City yang berjaya menggugat kedudukan dan dominasi Top Four menandakan peralihan struktur kuasa empat pasukan menjadikan 'Big Four' kini menjadi 'Big Six'.


Pada musim 2009/10, Tottenham menduduki tempat keempat dan menjadi pasukan pertama untuk memecahkan dominasi empat teratas liga semenjak Everton melakukannya lima tahun sebelum itu (pada musim 2004/05).

Musim berikutnya (2010/11), menyaksikan kemunculan Manchester City selaku pencabar kuasa Big Four apabila berjaya menamatkan saingan liga ditangga ketiga.

Dan semenjak kehadiran dua kuasa baru, dimana Manchester City dan Tottenham Hotspur yang sentiasa menamatkan saingan dikalangan top four ataupun top six, tiada pihak yang berjaya memenangi gelaran Liga Perdana secara berturut-turut.

Manchester City memenangi gelaran juara liga pada musim 2011/12, menjadi kelab pertama selain Big Four  untuk memenangi kejuaraan liga semenjak Blackburn Rovers melakukannya pada musim 1994/95.

Musim itu juga menyaksikan dua daripada kuasa Big Four iaitu Chelsea dan Liverpool menamatkan saingan liga di luar empat tempat teratas untuk kali pertama semenjak musim itu.

Rekod Pasukan Big Six dari musim 2010/11 - terkini
MUSIM ARSENAL CHELSEA LIVERPOOL MAN.CITY MAN.UNITED TOTTENHAM
2010–11 4 2 6 3 1 5
2011–12 3 6 8 1 2 4
2012–13 4 3 7 2 1 5
2013–14 4 3 2 1 7 6
2014–15 3 1 6 2 4 5
2015–16 2 10 8 4 5 3
2016–17 5 1 4 3 6 2
2017–18 6 5 4 1 2 3
TOP FOUR 6/8 5/8 3/8 8/8 5/8 4/8
TOP SIX 8/8 7/8 5/8 8/8 7/8 8/8


Dalam lima musim berikutnya selepas kempen 2011/12, Manchester United dan Liverpool kedua-duanya gagal menempatkan diri dikalangan empat pasukan teratas sebanyak tiga kali, manakala Chelsea menduduki tangga ke-10 liga pada musim 2015/16.

Dan kedudukan Chelsea ditangga ke-10 liga itu merupakan penamat ataupun kedudukan terburuk buat mana-mana pasukan Big Four dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Arsenal menduduki tangga ke-5 pada musim 2016/17, mengakhiri rekod selama 20 secara berturut-turut dalam kedudukan Top Four.

Berdasarkan rekod pencapaian enam pasukan itu, hanya Manchester City sahaja yang berjaya mengekalkan kedudukan untuk berada dikalangan empat pasukan teratas setiap musim dan diikuti Arsenal dengan enam kali.

Kejutan pada musim 2015/16, apabila pasukan bukan daripada golongan kuasa besar baik dari Big Four mahupun Big Six berjaya memenangi Kejuaraan Liga Perdana.

Leicester City mencipta kejutan muncul juara buat pertama kalinya dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Rekod Kejuaraan Liga Perdana Inggeris semenjak diperkenalkan. 
Pasukan Jumlah Juara Tahun / Musim Kejuaraan
Manchester United 13 1992–93, 1993–94, 1995–96,
1996–97, 1998–99, 1999–2000,
2000–01, 2002–03, 2006–07,
2007–08, 2008–09, 2010–11,
2012–13
Chelsea 5 2004–05, 2005–06, 2009–10,
2014–15, 2016–17
Arsenal 3 1997–98,
2001–02,
2003–04
Manchester City 3 2011–12,
2013–14,
2017–18
Blackburn Rovers 1 1994–95
Leicester City 1 2015–16

Walaupun kekuasaan Big Six pasukan Liga Perdana Inggeris disokong dengan kekuatan kewangan yang kukuh, namun hanya Manchester United sahaja yang mampu dan berjaya menjana pendapatan terbesar dalam liga dengan €676.3 juta.


Dan menjelang musim baru, 2018/19 adakah bakal terdapat kejutan lagi dari mana-mana pasukan selain Big Six ini? 

Pasukan manakah yang bakal memecahkan dominasi Big Six untuk menempatkan diri dikalangan enam pasukan teratas liga.

Atau mampukah pasukan Big Six ini mengekalkan kekuasan mereka?

Post a Comment

Previous Post Next Post