Turki beri sokongan kepada Mesut Ozil dengan perubahan gambar pada Jalan Mesut Ozil

Turki tunjukkan sokongan mereka terhadap Mesut Ozil di jalan yang dinamakan bersempena bintang tersebut dengan mengubah gambar pada papan tanda jalan tersebut.



'Jalan Mesut Ozil' terletak di daerah Devrek di wilayah Laut Hitam Zonguldak, utara Turki  dimana ianya merupakan daerah kelahiran asal usul keluarga Ozil.

Dan nama jalan tersebut  dinamakan bersempena bintang Arsenal itu sebagai tanda pengiktirafan diatas pencapaian cemerlang Ozil di Jerman.

Mesut Ozil Street. Kredit foto : Hurriyet Daily News.
Ekoran keputusan Ozil untuk bersara daripada mewakili Jerman yang mencetuskan kontroversi berlarutan, pihak Turki terus memberikan sokongan terhadap pemain yang mempunyai pertalian darah (asal usul) keturunan Turki ini.

"Kami akan membuang foto ini dan kami akan meletakkan gambarnya dengan Presiden Erdoğan kami," kata Datuk Bandar Devrek, Mustafa Semerci kepada Demirören News Agency pada 23 Julai.

Jika sebelum ini, papan tanda ataupun 'signboard' ditepi jalan memaparkan gambar Ozil dengan memakai jersi skuad kebangsaan Jerman, namun ianya telah digantikan dengan gambar terbaru yang memaparkan Ozil bersama  Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Gambar terbaru 'Mesut OzilStreet'. Kredit foto : Channel News Asia

Penduduk tempatan turut bangga dengan pencapaian Ozil selain memberikan sokongan terhadap pemain tersebut. Kredit foto: New Straits Times
Gambar yang mencetuskan kontroversi sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia 2018 yang seterusnya berlarutan sehingga kini.

Post a Comment

Previous Post Next Post