Alisher Usmanov terdesak?

Alisher Usmanov dikatakan mahu melepaskan pegangan saham Arsenal yang dimiliki beliau. Kredit foto: The Star

Pemegang kedua saham terbesar Arsenal, Alisher Usmanov dilaporkan mencari pembeli selain Kroenke untuk saham Arsenal yang dimilkinya itu.



Usmanov memiliki 30 peratus pegangannya dalam kelab bolasepak Arsenal, dan menurut laporan Financial Times, mereka mengatakan bahawa sumber terdekat kepada taikun Rusia itu mendedahkan bahawa Usmanov bercadang untuk melepaskan kesemua pegangan saham beliau itu.

Dilaporkan bahawa Usmanov jelas kecewa dengan pemilik majoriti kelab Arsenal, Stan Kroenke yang enggan untuk berunding bagi membolehkan beliau mengambil alih Arsenal.

Dan laporan itu juga mendedahkan dimana Usmanov kini telah berputus asa dalam usaha beliau untuk menjadi pemegang saham terbesar Arsenal (majoriti).


Usmanov sebelum ini membuat tawaran berjumlah $ 1.3 bilion (£ 1 bilion) untuk membeli saham yang dimiliki Kroenke, namun Kroenke melalui KSE (Kroenke Sports & Entertainment) UK Inc enggan menjual saham yang dimilikinya sambil menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk melepaskan Arsenal dan tidak akan melepaskan pegangan beliau terhadap Arsenal.

Pun begitu, tindakan Usmanov itu dikatakan berkait rapat dengan hubungan diplomatik diantara Rusia dan UK ekoran kes pembunuhan ejen yang berpaling tadah di London sebelum ini.

Dan beliau dilaporkan mengalami kesukaran untuk memasuki negara tersebut (UK). Tindakan serupa dialami sebelum ini oleh pemilik Chelsea, Roman Abromovich sehinggakan menyaksikan jutawan Rusia itu menukar kerakyatan beliau.

Bagaimanapun wakil Usmanov enggan mengulas lanjut berhubung isu ini manakala pihak Arsenal juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Post a Comment

Previous Post Next Post