Alexandre Lacazette, menjelang penutupan jendela perpindahan.

Beberapa hari sebelum penutupan jendela perpindahan musim panas, adakah terdapat langkah perpindahan buat Alexandre Lacazette?



Menjelang penutupan jendela perpindahan yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi, media kini mula mengaitkan masa depan Lacazette bersama Arsenal dengan perpindahan keluar.

Selepas gagal untuk memulakan aksi musim ini dalam permulaan kesebelasan utama Arsenal dan hanya membuat 96 minit dalam tiga perlawanan setakat ini, khidmat pemain ini mula dipersoalkan media.

Perlawanan Venue Lawan Keputusan Minit Beraksi
1 H Arsenal vsManchester City 0:2 36'
2 A Chelsea vs Arsenal 3:2 15'
3 H Arsenal vs West Ham United 3:1 45'

Perkembangan tersebut (gagal bermula dalam kesebelasan utama) menyaksikan media Perancis,  Le10 Sport merasakan bahawa perpindahan keluar Lacazette mungkin bakal berlalu.

Ini kerana, tindakan ataupun peluang yang sukar serta kurang buat Lacazette untuk menjadi pilihan utama Emery menyebabkan pemain tersebut mula memikirkan masa depan beliau bersama Arsenal.

Malah laporan itu juga mengatakan langkah perpindahan tersebut mungkin berlaku sebelum jendela perpindahan Eropah ditutup, walaupun Arsenal sendiri sangat jelas bahawa mereka tidak mungkin dapat mencari pengganti kepada kekosongan tersebut (seandainya berlaku perpindahan).

Dan ianya tidak mustahil untuk berlaku (perpindahan tersebut) sebelum jendela ditutup dengan laporan itu juga menyatakan bahawa terdapat beberapa kelab telah menyatakan minat terhadap pemain tersebut.

Malah ianya juga dilaporkan bahawa terdapat permintaan daripada kelab-kelab lain yang ingin mendapatkan maklumat mengenai prospek perpindahan yang mungkin berlaku.


Mampukah Lacazette kekal bersama Arsenal dan terus bersinar dibawah kendalian Unai Emry?

Ataupun beliau bakal dilepaskan dalam minggu ini dengan tarikh akhir penutupan jendela perpindahan adalah pada Jumaat ini.

Rekod penampilan setakat ini Lacazette bersama Arsenal:

Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
42 17 5 2,853'

Post a Comment

Previous Post Next Post