Santi Cazorla masih berbisa.

Beliau mungkin pemain paling berbakat Arsenal dari segi teknikal selepas Dennis Bergkamp.

Cazorla dilepaskan Arsenal pada awal musim ini apabila khidmat beliau tidak lagi diperlukan sejurus berakhirnya kontrak beliau bersama kelab.

Beliau sebelum itu gagal membuat sebarang penampilan pada musim lalu bersama Arsenal ekoran mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa berehat hampir dua tahun.

Setelah kembali pulih daripada kecederaan yang dialaminya, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk kembali menemui sentuhan magisnya.

Dan pasti ramai peminat dan penyokong Arsenal bakal merindui aksi beliau selepas melihat video perlawanan diantara Villarreal menentang Sevilla yang berkesudahan seri 0-0.


Post a Comment

Previous Post Next Post