Arsenal bakal menandatangani pemain tengah Romania, Catalin Carjan selepas sesi percubaan.



Arsenal dilaporkan akan menandatangani pemain tengah Romania, Catalin Carjan apabila pemain tersebut genap berusia 16 tahun pada Disember ini. 



Tindakan tersebut dikatakan bagi memperkuatkan skuad akademi Arsenal di bawah era kendalian Ketua Jurulatih baharu, Unai Emery.

Carjan telah bermain untuk pasukan utama di Viitorul Domnesti, yang beraksi di peringkat ketiga liga bolasepak Romania.

Beliau telah menyertai kelab tersebut semenjak berusia 13 tahun dan mula menjalani latihan serta percubaan bersama Arsenal pada musim lalu.

Menariknya, beliau memulakan karier bolasepak dengan beraksi dalam liga keempat Romania bersama pasukan senior ketika berusia 10 tahun. 

Dan beliau memulakan aktiviti awalnya (hubungan bersama bolasepak) semenjak berusia dua tahun ketika beliau menyaksikan perlawanan di Sportul Studentesc, bersama abangnya yang  berumur 5 tahun. 

Dilahirkan di Regie, beliau bermula pada usia empat tahun dan bermain bersama pemain yang usia mereka lima tahun lebih tua daripada beliau.

Menariknya, beliau pernah menolak tawaran untuk bermain di Inter Milan walaupun menyertai kurus latihan disana.

"Di Inter saya lebih banyak melihat bagaimana saya menyediakan diri saya dan tidak semestinya saya kekal tinggal di sana." kata Carjan.

Dan ketika beraksi bersama Arsenal dalam program latihan - 'internship', beliau telah mengalami kecederaan dan pihak Arsenal telah mengurus segalanya termasuklah hal menjaga beliau bagi proses pemulihan dan kecergasan beliau.

"Ia adalah sesuatu yang lain, ia adalah perbezaan yang besar dan saya tidak sabar untuk pergi ke sana menandatangani kontrak bersama mereka."

"Namun saya hanya akan menandatangani kontrak bersama mereka apabila saya berusia 16 tahun, dan mereka telah mengawasi saya dalam melihat lebih banyak aksi perlawanan dan selepas itu mereka menghantar saya tiket untuk pergi ke sana, menyertai mereka (Arsenal)," 

"Mereka memberitahu saya bahawa saya adalah pemain yang baik dan mereka ingin membawa saya menyertai pasukan utama dalam tempoh dua tahun. "kata Carjan secara eksklusif untuk Digi Sports.

Carjan juga memiliki rekod jaringan gol bersama skuad Bawah 15 tahun Romania dan tidak seperti kebanyakkan pemain bolasepak muda ataupun kanak-kanak yang lain, beliau memiliki minat dan gemar untuk membaca.

Dan buku-buku yang dibaca beliau jelas berkaitan dunia bolasepak seperti biografi Pele, Ibrahimovic dan Ronaldo.

Untuk rekod, belia beraksi sebagai pemain tengah dan mampu beraksi juga sebagai pemain tengah menyerang (attacking midfielder).



Beliau akan menyertai Joel Lopez, pertahanan kiri yang telah meninggalkan akademi Barcelona dan akan menandatangani kontrak profesional dengan Arsenal apabila genap berusia 17 tahun pada Mac depan.

Joel Lopez bakal menangatangai kontrak bersama Arsenal apabila genap berusia 17 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post