Gary Neville 'hentam' peminat Arsenal pada laman twitter beliau.

Legenda Manchester United, Gary Neville tidak pernah berpuas hati dengan Arsenal dan ini dapat dilihat dalam kebanyakan komen-komen mahupun kritikan yang dilontarkan beliau terhadap Arsenal sebelum ini.

Namun tindakan seorang penyokong Arsenal telah 'memakan diri' apabila mengutuk Neville pada laman twitter beliau yang dibalas dengan 'kejam' oleh bekas pemain Manchester United itu.

Neville juga merupakan pemilik bersama pasukan yang bersaing dalam Liga Kebangsaan, Salford City bersama-sama rakan-rakan beliau yang lain seperti Paul Scholes, Ryan Giggs, Phil Neville dan Nicky Butt.

Pasukan tersebut yang dinaikkan 'pangkat' ke peringkat teratas liga tersebut musim lalu, bakal menjadi tuan rumah kepada kepada kelab Chesterfield, Sabtu ini.

Dan mereka telah mengenakan bayaran tiket untuk dewasa sebanyak £10 dan percuma kepada kanak-kanak berusia lima tahun kebawah.

Walaupun harga tiket tersebut dikatakan antara termurah bagi saingan Liga Kebangsaan, namun seorang peminat telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkara tersebut.

Seorang pengguna twitter yang dengan nama Anthony D telah meng tweet perkara tersebut kepada Neville dengan kapsyen  "ffs: £ 10 untuk menonton sebuah pasukan pub? Wtf. "
Dan Neville cepat bertindak balas, menyedari bahawa Anthony adalah seorang peminat Arsenal, beliau membalas tweet tersebut dengan, "£ 70 untuk menonton kumpulan pub anda v bandar (sic) pada Ahad lepas."
Tindakan Neville itu adalah merujuk kepada pihak Arsenal yang mengenakan tiket antara yang termahal dalam saingan Liga Perdana Inggeris disamping kekalahan Arsenal 2-0 pada perlawanan pembuka liga ketika menentang Manchester City.


Jelas sekali tindakan peminat Arsenal yang bernama Anthony D itu memakan diri sendiri... 😣

Tak dapat nak nolong macam ni eh...

Post a Comment

Previous Post Next Post