David Ospina sertai Napoli secara pinjaman.

David Ospina telah menyertai Napoli secara pinjaman dengan kelab Itali yang mempunyai pilihan untuk membeli penjaga gol dari Arsenal secara tetap.



Ospina gagal untuk menambat hati pengendali baharu Arsenal serta menamatkan khabar angin perpindahan beliau apabila dilaporkan menyertai Napoli secara pinjaman.

Masa depan beliau bersama Arsenal terus dirundum malang berikutan ketibaan Bernd Leno dari Bayer Leverkusen pada musim panas ini disamping Petr Cech terus mengekalkan statusnya sebagai penjaga gol No. 1 kelab. 

Disebabkan itu, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain berpindah mencari kelab baru yang mampu memberikan beliau peluang beraksi lebih kerap.

Selepas kuat dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Turki, Besiktas, beliau menamatkan khabar angin mengenai masa depan beliau apabila menyertai Napoli secara pinjaman dan kelab Itali itu mempunyai pilihan untuk menandatangani beliau secara tetap pada tahun berikutnya menurut laporan.

Dan berita ini juga sudah tentu mengejutkan dimana Ospina sebelum ini (baca disini) dikatakan begitu pasti menyertai Besiktas.

Malah wartawan TRT Spor, Firat Guanyer pasti terkejut memandangkan beliau sebelum ini melaporkan dimana perpindahan Ospina ke Besiktas begitu sahih dan amat mengejutkan jika ianya tidak menjadi kenyataan (baca disini).

Napoli dilaporkan terdesak mencari penjaga gol baru setelah pemain yang baru ditandatangani mereka, Alex Meret mengalami kecederaan, patah tangan ketika menjalani latihan bulan lalu.

Alex Meret, 21 tahun menyertai Napoli daripada Udinese dengan nilai perpindahan sekitar €35 juta.

Walaupun mereka (Napoli) kuat dikaitkan dengan bakal menandatangani penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet namun laporan Sky Sports mendedahkan dimana Ospina kini berada di Itali dan bakal menjalani ujian kecergasan dalam masa terdekat.

Ospina menyertai Arsenal dari Nice pada bulan Julai 2014 dengan nilai perpindahan sebanyak £3 juta dan berjaya mempamerkan aksi yang menyakinkan bersama skuad kebangsaan Colombia di Kejohanan Piala Dunia baru-baru ini di Rusia.

Beliau ketika bersama Arsenal banyak digunakan oleh Arsene Wenger dalam saingan Piala FA dan  Piala Liga (Carabao Cup). 

Selamat maju jaya Ossssspiiina...semoga peluang (pada pinjaman) ini digunakan sebaik-baiknya oleh beliau untuk membuktikan kehebatan selain menambat pengendali kelab tersebut (untuk melakukan pembelian pada musim berikutnya).

Post a Comment

Previous Post Next Post